Pages

MyLovelyFrenz ...

Bersiaran dari kg

Sori blog ni cuti sekejap ek sbb tuan empunya blog sedang bercuti di kg halaman tercinta, ehehehe
Alang2 anak sulungku cuti sekolah selama sebulan n dgn izin suami, aku dan anak2 pulang bercuti ke Malaysia , Kelantan lebih tepatnya, ehehehe rindu betul pada mama n abah.

Ayumi pon dah 10bln, tp punyer la susah nak dekat org lain, melekat je dgn aku, nasib Baik abg Hiro nya boleh diharap utk jaga adik sesekali. Nantila, bila dah balik semula dr cuti, kita story mory lagi, dadaaaaa~



Senaman Untuk Kecilkan Paha

Sumber Artikel ;

Satu artikel menarik tentang cara - cara / bentuk senaman untuk mengecilkan paha yang ingin dikongsi bersama kawan2 .... :D ... untuk lebih jelas, boleh ke laman web tuan punya asal artikel ini kerana penerangannya lengkap beserta dengan gambar.


Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:



1. ‘Kerusi bayangan’Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
 Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.



2. Pergerakan “menggunting”
  • Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi.
  • Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah.
  • Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri.
  • Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.

 3. Pusingan bulatan
  • Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh.
  • Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda.
  • Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai kasut tinggi!
Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!


5. Melompat di atas trampoline
Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!



Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)


 

It's BBQ time

Sabtu petang yang lepas, ada sikit makan-makan a.k.a BBQ dengan pelajar-pelajar PKMPI Jakarta yang dibuat di rumahku ..... ada la dalam 40 orang pelajar yang datang .... huhuhuhuhu penuh dan riuh rumahku yang kecil ini ... but I loike .... hehehehe si adik je la yg nampak bingung sbb tetiba jer ramai orang, hahahaha senyum pon tak nak bila diusik oleh kakak2 atau abang2 ...

Menu utama? Of course la ayam BBQ , tapi aku tak perap pon ....hahaha.. urusan membeli dan memerap ayam dilakukan sendiri oleh pelajar2 , kemudian nanti baru operasi bakar membakar di rumahku. So acara bermula lepas solat maghrib, para pelajar mula sedikit demi sedikit mendatangi rumah dengan ayam yg diperap, ada juga pelajar lain yang membawa makanan secara port luck. Aku hanya sediakan buah-buahan, lepat pisang, nasi goreng cina dan puding koktel berkuah jer ...

Jam 7 mlm .... rumah dah penuh dengan semua pelajar  dan penuh asap ( hahaha asap dr ayam yg dibakar masuk ke rumah.... ala2 berkabus gitu ) ... so, acara utama apa lagi, makan2, cit-chat2 , gelak2 dan klik2 amik gambar.

Lewat jam 11 mlm ... pelajar beransur pulang ... tq adik2 untuk potluck yang sedap dan tlg kemas2 lepas acara makan2 ..... nanti kita wat lagi lenkali .... :D

Gambar sekitar majlis tersebut ;

adik yang bad mood sbb ramai org yg dia tak kenal nak dukung dia, ekeke
abg  Hiro macam biasa, suka la ramai org layan dgr cerita Dinasour dia
  
kipas jgn tak kipas ye adik2 ~ ~

roti jala yang sangat enak
 


menu : lepat pisang, kek coklat, buah tembikai, puding koktel berkuah, muffin, roti jala, air punch, nasi goreng cina, bihun goreng, puding coklat, puding laici




Bila Anak-anak Kena Demam 'Chicken Pox'

"Chicken Pox' / cacar air / bertih (ni panggilan orang2 kelate ...hehehe) ..... demam dan diikuti bintat2 merah dan mengandungi air ...... ingat lagi .... dulu aku kena masa di Tingkatan 2 , punye la gatal dan sakit2 badan .... sampai sekarang, parut nya ada lagi ... kat muka lak tu... bukan sekadar parut biasa... tapi berlubang sbb tangan gatal2 pergi kopek bintat yang dah kering tu ..... hehehehe mama dah larang, tapi biasa la kan, bila gatal menyerang .... sgt syok digaru dan dikopek ..... hahahaha

Ok ..ok ... ni bukan nak citer pengalaman aku kena chicken pox .... tak besh sbb dah basi... hahaha... ari ni nak berkongsi cerita pengalaman kali pertama anak2 yang terkena penyakit ni. 2 minggu lepas, anak terunaku, Hiro yang kena dahulu .... rasanya dia terjangkit dengan kawan dia kat sekolah sbb bila aku maklumkan pada guru kelasnya ketidakhadirannya, guru kelas nya juga memberitahu aku sebelum Hiro, sudah ada beberapa orang pelajar lain yang dapat sakit yang sama. Takpe, la.. kurang2 kena masa kecil ni parut senang hilang (kot...) cuma leceh sbb nak kena pandai handle emosi .... ye la, nama pun budak2 kan... bila dah sakit tu ... of course merengek, taknak makan .. hehehe..

Hari 1 Hiro kena, my hubby yang perasan ada bintat2 merah kat badan dia masa balik dari sekolah .... so lepas kerja... terus hubby bawa g klinik .... and doktor sahkan mmg cacar air.... dapat la sebakul ubat2 utk diminum, krim utk disapu dan bedak utk hilangkan gatal. Keesokannya baru dia start demam .... panas sgt panas... risau aku ... mula2 terpaksa la kuarantinkan dia tdo di bilik dia sendiri ... tak boleh tdo di bilik kitorang buat sementara waktu ( dia ada katilnya di bilik kitorang) .... Oleh kerana si abg ni penakut utk tidur sorang2 kat bilik dia, jadi papanya la yg terpaksa temankan ..... aku tak blh nak temankan sbb Ayumi menyusu badan.

Cabaran paling susah adalah untuk memahamkan si abg agar jangan sentuh barang2 adik dia, jangan dtg dekat dengan adik dia or bergurau dengan adik dia buat sementara waktu ... tp nama nya budak2 kan.... tak faham sgt n naluri nak main dgn adik dia mmg kuat sbb dia suka main dgn Ayumi.

Kadang2 marah juga bila dia dtg dekat adik, peluk mainan adik dia ... bkn apa , takut terjangkit kat si adik... tp kalau selalu marah2 tak bg dia main kat adik.... mesti dpt ayat sentap dari dia ...such as ...."mama ni tak sayang saya ke , asyik tak bagi main dengan adik jer'..... huhuhu sentap dgr, pening kepala nak bg faham .... hanya utk sementara waktu je smpi dia betul2 kering chicken pox nya .... Tapi alhamdulillah 3 hari je demam, hari ke 4 dah sihat lepas minum air kelapa .... maybe dah abis keluar kot. Tapi paling susah nak pastikan dia tidak menggaru agar tidak tinggalkan parut. Ada satu ketika aku siap warning lagi 'jangan garu or kopek, nanti muka jadi menggerutu dan berlubang2 cam Dinasour abang' ..... hahahahaha sambil tunjuk rupa patung Dinasour dia camne ... tau plak geleng2 kepala taknak muka jadi camtu.

Now, ni hari ke 4 si adik plak kena cacar air lps abg dia sihat ..... baru la si abang faham kenapa mamanya tak bagi dia main dgn adik dia masa dia demam bila tgk badan dan muka adik dia penuh dgn bintat2 merah berair macam dia .... yg kelakar, blh plak pi cakap dgn adik (macam adik dia faham) ....'I'm sorry adik' ..... hehehehe abg, abg .... manja pon ye , tp sekarang boleh diharap skit2 utk jaga adik time aku masak (sbb masih blm dpt maid baru smpi skrg). Semalam bagi Ayumi minum air kelapa muda juga, bertubi2 bintat2 naik di muka, belakang badan, depan badan, kaki dan tangan .... paling kasihan bila tgk dia kegatalan sebab tiada bedak gatal yang sesuai utk usia dia... doktor hanya bekalkan krim sahaja. Masa abg dia kena cacar air, doktor dia ada bagi bedak untuk kurangkan gatal , so tiap kali dia rasa gatal, just sapu je bedak tu.

Harap adik cepat2 la baik .... hujung minggu depan mau pulang cuti2 ke Malaysia dah .... huhuhuhuhu .. jenuh la pasni akan ku lumur losyen untuk ilangkan parut kat dua2 beradik tu ....harap2cepat2 hilang.

Hari Ke-3 kena Chic Pox - belum banyak lagi

meragam je, cian adikk~



Hari ke 4

Hari ke 4 .... demam pon tak hilang lagi


Today is My 7th Wedding Anniversary

Happy Anniversary to me and my hubby yang ke - 7 ...... wish je la.... tak celebrate pon sebab hubby takde kat umah till next week. So, takde la rasa spesial sgt today ...... biasa2 je,... sambil2 melayan dua anakku yang comel ni...... ye la, mama nya sendiri la puji anaknya comel, takkan nak minta orang lain puji kot. Ekekeke.... ... teringin nak wat photoshoot sempena anniversary tahun ke - 7 , dah si abg lak kena chicken pox ..... ish , takkan nak photoshoot dgn muka dia yg blm ilang kesan chicken pox lak, cian plak kat dia. ....sbb impian hati nak pakai gaun putih (ecececece..... mimpi sesorg ni) .... Ayumi pon nak pakaikan dia dgn gaun putih, Hiro lak nak pakaikan tuxedo / kot hitam putih..... tp ... nmpknya takleh nak laksana la hajat tu.....  so , plan cancel je la... :D

Tadi saja timbang berat badan lepas tidokan my daughter ..... perghhh! banyak giler naik, 2 kg tu gara2 2 hari tension sesorg .... hahahaha bkn tension sbb kena buat kerja rumah lepas maidku berhenti kerja,.. tak kisah buat kerja rumah, bukan la aku ni manja sgt sampai taknak wat kerja umah ... ..tp sunyi kot sbb takde org time my son gi sekolah, tension dgn perangai satpam yg sibuk nak tolong itu ini sejak maid aku takde (tak payah, tak teringin nak ditolong pon, aku tau buat semua... tak yah nak sibuk2, dah kau satpam, buat  kerja satpam jer... jgn nak sibuk urusan rumah) ... ......... complicted lak nak tulis detail kat sini., takpe la.... biarkan jer...... hehehee... apa pun bahaya ni, 2 kg naik ni.... ish2 harus diturunkan balik ni, karang tak tercapai lak impian nak menguruskan badan .... :D

Mood nak masak canggih2 pon tak de, so masak je la simple2 untuk mulut sendiri dan anak2 ... goreng ayam dan sup sayur ... cuaca kat luar hari ni tak panas sgt, tp rasa malas lak nak kuar ..... lepak kat umah je la, si abg tu pon tak buat lagi tu kerja sekolah dia tu ....

Hehehehe tu je la kot citer hari ni .... lenkali la ekk kite story2 citer2 yg besh lagi. Kejap lagi nak pi masak bubur pulut hitam ( makan lagi...ishh) ... :D tadaaa~ bye bye

Maid ku Sudah Berhenti Kerja

Huhuhu dah 3 hari maid aku berhenti kerja ..... sunyi rasa rumah sbb biasa hari2 dok borak2 dgn dia , dgr dia wat kerja ... jadi takde la rasa sunyi sangat rumah time anak bujangku gi sekolah ... Ayumi pon 2 hari merengek macam ada yg tak kena je, mujur hari ni Ayumi dah ok .. agaknya dia terasa kot bila maid kami yg dipanggil 'kakak' takde dah....


Keputusan dia nak berhenti mmg buat aku dan suami terkejut ..... orgnya rajin tapi pendiam skit .... bukan pendiam yg tak suka borak , tapi jenis yang susah nak luah rasa hati or bercerita...


So, masa last day aku bawa dia kuar, belanja dia makan & belikan sehelai baju sebagai tanda terima kasih aku pada dia sbb jaga anak2 dgn baik time aku ada kerja & setakat ni aku nampak dia jujur masa kerja. Sambil2 makan tu , aku korek2 sebab sebenar kenapa dia nak berhenti kerja sbb masa kat rumah depan aku dan suami, dia cuma bagi alasan sbb nak balik kg ada kenduri dan nak berehat, n tak tau berapa lama nak rehat ....


Aku ; 'Nape US nak berhenti kerja? Dah tak suka kerja dengan saya ke atau sebab saya marah us tempohari? " Terus - terang sama saya ... ( try korek rahsia ni.... maid aku ni perahsia sgt)


Maid aku : .... muka keberatan nak cakap ... "Bukan bu, saya suka dan betah kerja sama ibu dan bapak ... ibu dan bapak sangat baik sama saya...... saya mmg dari awal mula kerja sama ibu bercadang mau kerja lama sama ibu... kalau nanti ibu mau ajak saya kerja sama ibu bila ibu pulang ke Malaysia pon saya mau ikut ... orang tua saya juga sudah benarkan saya ikut kalau ibu mau saya ikut nanti.. Saya tidak ambil hati ibu marah sama saya tempohari sebab itu memang salah saya.'


Aku : 'Abis tu sebab apa?, ada tawaran kerja lain?'


Maid aku : .'Mmg ada tawaran kerja lain, tapi saya tidak terima , bu'.......'er.. saya serba salah mau cerita, saya tidak mau burukkan sapa2 ..Tapi nanti kalau ibu butuh bantuan saya, ibu bilang aja sama saya.


Aku : ' tak pe, cerita je '


Maid aku : ' sebenarnya saya tidak betah sama Shafii ( si Shafii ni satpam a.k.a guard rumah kitorang ), dia selalu buat saya tersinggung, selalu bilang saya masak tidak enak, kemudian cerita sama orang2 di luar sana saya tidak bagus buat kerja, pacarnya lebih bagus buat kerja dan pacarnya mau kerja sama ibu. Kalau saya masak utk dia, dia sering bilang tidak enak, kemudian meludah makanan tu, terus tolak pinggan makanan, pergi beli makanan di luar dan makan di depan saya, saya terasa hati , bu' ... bila dia sering cerita pasal saya sama org di luar dan org itu beritahu saya kembali, saya jadi malu .... perasaan saya jadi tak enak .sebab itu saya mau berhenti , kalau ikutkan hati saya, saya tidak bercadang mau berhenti sbb saya suka kerja sama ibu, tapi saya sudah tidak tahan lagi dengan perangai dia. '


Aku : ' ooo begitu ... ' (aku hanya mengangguk kepala, tak tau nak komen apa)

 Serba salah, nak tahan dia supaya terus kerja dgn aku, kesian plak nanti dia tensen plak .... tp nak lepaskan dia , dah la aku ni jenis susah nak terima org asing dlm rumah .....syg plak sbb dah 5bln kerja dgn aku.... pandai handle anak2 .... keja2 di rumah pon ok, paling penting.... uwaaa~ aku dah takde teman berbual kat umah ni di siang hari...huhuhuhuhu ... takkan nak berhentikan satpam tu sbb dia takde kesalahan besar kecuali dia n maid aku ni jenis takleh ngam ... tapi hati aku mmg membara gak la bila tau perbuatan dia kat maid aku sampai maid aku nak berhenti. Dah 3 hari ... sejak maid aku berhenti.... sementelah suami pula outstation ... aku malas n tak masak langsung ..... masak cukup2 utk anak2 je ...aku cakap dgn satpam tu, nak makan masak la sendiri ....biasa apa yg kitorang makan, maid aku n satpam tu pon makan yang sama sbb aku masak lebih ..... kali ni aku just prepare food utk anak2 je , aku diet .... hahahaha..... biar dia rasa, geram hati ni sampai sekarang ni tak hilang2 lagi ....


Ayumi pon aku tak bagi dia pegang wpun aku susah skit nak wat kerja ..nasib baik Ayumi dah boleh dan pandai skit main sendiri2, tak perlu diteman sgt sekarang ni ......... hati tgh marah kan, jgn harap la.... Kalau ikut hati marah nak je 'fired' terus... takpe2, sabar2 .... tapi mmg respek aku dah totally hilang dh kat satpam aku tu ... dan jangan harap aku akan bagi muka kat awek dia kerja kat sini....


Sori kengkawan ... entry kali ni adalah entri geram ....hehehehehe




Note (Indo - Melayu)
Satpam : pak guard
Betah : suka, senang
Pacar : pakwe / makwe