Pages

MyLovelyFrenz ...

Panduan Pemakanan Bayi

Dipetik dan diringkaskan dari artikel Unit Pemakanan, Jab Kesihatan Negeri Selangor


Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan ;

  • Pemakanan yg paling SEMPURNA bg bayi baru lahir hingga 6 bulan adalah SUSU IBU (SI) sahaja.
  • Bayi yg menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalami JANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN.
  • Susu pada 3-5 pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yg dihasilkan sebanyak 30ml sehari).
  • Kolostrum mengandungi:
  1. Antibodi yg tinggi
  2. Bertindak sbg imunisasi pertama bayi utk melawan bakteria dan jangkitan virus
  3. Kaya dn nutrien~protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink)
  • 88% kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yg disusui SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAU MINUMAN LAIN.
  • SI mengandungi:
  1. Protein utk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  2. Lemak sbg sumber tenaga
  3. Zat besi utk mencegah anemia

Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi

  • Bila bayi berusia 6 bulan kerana ia perlu bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yg diperlukan utk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
  • Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.

Kesan jika memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL ;

  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kenyang
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan diarhea

Kesan jika memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT ;

  • Tumbesaran bayi boleh terbantut dan kurang nutrien

Jenis2 Makanan Pelengkap Bayi ;

  • Pilih makanan yg kurang memberi kesan alahan pada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu persatu supaya bayi dapat membiasakan diri dgn rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dlm kuantiti dan tekstur yg sesuai dgn tahap perkembangannya.

KUMPULAN BIJIRIN ;

  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana ia mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang/keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.

SAYUR2AN ;

  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti, labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran jenis buah seperti labu air dan tomato.

BUAH2AN ;

  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dgn pelbagai jenis sayuran dan menerimanya dgn baik. Ini kerana buah2an mempunyai rasa manis yg semulajadi dan mudah diterima bayi berbanding sayur2an.
  • Pilih buah yg segar, ranum dan lembut seperti pisang, betik, ciku dan pear.
  • ELAK beri buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAK buah2an dlm tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.

KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG ;

  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.

LEMAK DAN MINYAK ;

  • Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali jika bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Alahan Makanan ;

  • Makanan yg dikenalpasti boleh memberi alahan ialah:
  1. Putih telur
  2. Kacang
  3. Makanan laut
  4. Gandum
  5. Buah limau
  • ELAK makanan2 ini semasa memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.

Garam, Gula dan Bahan Perasa ;

  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asing makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa utk ahli keluarga lain.

Cara Memberi Bayi Makan ;

  • Guna SUDU PLASTIK khas utk menyuap.
  • ELAK guna botol utk memberi bijirin.
  • Latih bayi guna sudu/tangan semasa makan

Makanan Semasa Sakit ;

  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yg mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sbg sumber tenaga; menyebabkan kehilangan berat badan.
  • Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan utk membolehkan tubuh melawan penyakit tanpa menggunakan simpanan nutrien di dalam tubuh.

6 BULAN

Minggu 1

Tekstur ;

  • Kisar halus atau tapis (sedikit cair)

Kekerapan ;

  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya

Contoh makanan ;

  • Kanji/beras + SI


Minggu 2-4

Tekstur ;

  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)

Kekerapan ;

  • 2-3x sehari

Contoh makanan ;

  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah2an yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, betik yang dilecek kasar)

Sumber protein ;

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)

7 BULAN

Minggu 1

Tekstur ;

  • Lebih kasar, pekat dan tetap lembut

Kekerapan ;

  • 3-4x sehari

Contoh makanan ;

  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah2an yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, betik yang dilecek kasar)

Sumber protein ;

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)

Makanan yg mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut) ;

  • Roti lembut
  • Biskut bayi (tanpa gula)
  • Buah2an (pisang, betik)
  • Lobak merah
  • Keju

9-11 BULAN

Minggu 1

Tekstur ;

  • Lembut, cincang/potong kecil

Kekerapan ;

  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)

Contoh makanan ;

  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur/rebus (mulakan dgn telur merah)
  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah2an yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, betik yang dilecek kasar)
  • Buah2an yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli (banyak di kedai2 pak arab), puding susu

Sumber protein ;

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)

Teknik Marmet - Hasilnya Sangat Lumayan :D

Dulu, masa si abang lahir, Hiro .... kurangnya pengetahuan tentang susu ibu, bukan tentang kelebihan susu ibu, tapi cara bagaimana nak maintain susu ibu untuk anak selama yg mungkin , ditambah plak terpaksa meninggalkan si abang utk dijaga oleh neneknya apablla saya melanjutkan pelajaran di utara tanahair, masa tu umur dia baru 11 bulan. Sib baik setahun aje pengajian tu.

Jadi, untuk si adik ni, Ayumi, since sekarang sudah bersatus surirumah sepenuh masa sbb ambil 2 tahun cuti tanpa gaji, so azam nak susukn dia sepenuhnya tanpa susu formula smpi umur dia 2 thn (cheewah~ semangat nih sempena thn baru ) .

Boring2 sambil susukan Ayumi, sempat jugak google teknik2 lain memerah susu lalu terjumpa Teknik Marmet ni. Walaupun susukan Ayumi direct dari badan, mana la tau kan, kot2 one day nanti ada program yg perlu dihadiri n terpaksa tinggalkan Ayumi kejap, nak kena gak perah susu untuk dijadikan bekalan.

Meh kita sama2 baca tentang teknik ni... sangat menarik n maybe blh dicuba bg kawan2 yang masih menyusukan anak. Ada teman yang menggunakan teknik ni menceritakan dia boleh memerah susu sehingga 100ml sehari.........wahh~ banyak tuu.


kuncinya hanya 3:

  • Massage / Urutan
  1. Cuci tangan bersih-bersih. Kemudian, tekan / lapkan payudara dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam untuk merelakskan urat-surat sarafnya.
  2. 2 jari akan digunakan iaitu jari telunjuk dan jari tengah. Jari pada tangan kanan akan mengurut payudara kiri dan jari pada tangan kiri akan mengurut payudara kanan.
  3. Sekiranya payudara besar, gunakan 4 jari.
  4. Dengan tekanan yang ringan, lakukan gerakan melingkar dari hujung dalam payudara dengan gerakan membulat ke arah puting susu. Rujuk gambar di bawah untuk panduan ;

  • Stroke
  1. Dengan menggunakan jari-jari tangan, tekan secara lembut dari bahagian luar ke arah dalam payudara. Boleh juga menggunakan sikap rambut sebagai ganti jari tangan.
  2. Dengan hujung jari, lakukan stroke dari arah dalam payudara menuju ke arah puting susu. Lihat gambar di bawah ;
  • Shake /Goncang

Condongkan sedikit tubuh anda ke bawah dan goyang-goyangkan payudara supaya graviti bumi dapat menarik air susunya menuju ke puting susu / kawasan aerola.

MEMERAH DENGAN TANGAN ( Teknik Marmet)

1. Letakkan ibu jari di atas kalang payudara dan jari telunjuk serta jari tengah di bawah sekitar 2,5 3,8 cm di belakang puting susu membentuk huruf C. Anggaplah payudara sebagai jam, maka posisi/arah ibu jari berada pada jam 12, dua jari lain berada di posisi jam 6. Ibu jari dan jari telunjuk serta jari tengah saling berhadapan.

2. Tekan lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari-jari tadi. Payudara yang besar dianjurkan untuk diangkat lebih dulu. Kemudian ditekan ke arah dada.

3. Buatlah gerakan menggulung (roll) dengan arah ibu jari dan jari-jari ke depan untuk memerah air susu keluar. Jangan menggosokkan ibu jari dan jari-jari pada kulit karena akan menimbulkan rasa sakit pada payudara.

4. Ulangi gerakan-gerakan tersebut (1,2,3) sampai aliran ASI berkurang. Kemudian pindahkan lokasi ibu jari ke arah jam 11 dan jari-jari ke arah jam 5, lakukan kembali gerakan memerah seperti tadi.

5. Lakukan pada kedua payudara secara bergantian. Anda akan lihat air susu memancar dari puting susu, itu berarti gerakan tersebut sudah berjaya. Jangan lupa untuk meletakkan cawan bermulut lebar yang sudah disterilkan di bawah payudara yang diperah.

Seluruh prosedur persiapan dan pemerahan dengan tangan mengambil masa sekitar 20-30 minit, meliputi:

- Massage, stroke, dan shake.
- Perah kedua payudara selama 5-7 menit tiap payudara.

- Massage, stroke dan shake.
- Perah kedua payudara selama 3-7 menit tiap payudara.

- Massage, stroke dan shake.
- Perah kedua payudara selama 2-3 menit tiap payudara.


Teknik memerah air susu badan dengan tangan yang menggunakan kaedah massage, stroking, dan shaking yang disebut Teknik Marmet dikembangkan oleh Chele Marmet, seorang Lactation Consultant yang menjadi Direktur Lactation Institute di California.

Sumber artikel & gambar adalah dari laman web ini ;

http://drhennyzainal.wordpress.com/

Cuti-Cuti Bandung

8 - 11 Disember 2010, Hotel Carcadin

Kali ni, hubby ajak ke Bandung sementelah dia ada program bersama delegasi pelajar dr Malaysia ... apa lagi, dah diajak.... zasss! setuju aje... boleh jalan2 makan angin , hahaha lagipun Hiro pon asyik dok ajak gi jalan-jalan je sebelum ni ...

Cuti kali ni, byk tempat leh jalan... 1st time Ayumi dtg Bandung, 2nd time buat mama & Hiro ...

Day 1 - Bertolak dr rumah ke Bandung

Agak lewat sampai .... so lepak hotel dulu la ... siapkan diri untuk berjalan sakan esoknya.... hehehehe

Kali ni menginap plak kat Hotel Carcadin namanya .... dapat bilik cantik & dapat plak semangkuk buah-buahan sbg compliment ... syok2 ...



Day 2 - Hotel -> Gunung Tangkuban Parahu -> Batik Danas Hadi -> Pasar Baru -> Hotel

1. Gunung Tangkuban Parahu

Lepas sarapan di cafe hotel, bertolak ikut rombongan delegasi ke Tangkuban Parahu ..... tapi bukan naik bas dgn dorang la sbb kami ada kenderaan & pemandu sendiri (cheewah~) ... 1st time ke sana.... boleh tahan la jalan, bengkang bengkok cam jalan nak gi Cameron / Genting Highland.

Hiro asyik la dok tanya bila nak sampai.... hahaha.. Ayumi? Cam biasa... dok diam2 je, lapar nangis skit minta susu then sambung tidur sampai la kami sampai ke atas puncak gunung tu.

Taraa~ kami dah sampai

Nampak tak asap2 kat belakang tu? Tu la asap yg menandakan gunung Tangkuban Parahu ni salah satu gunung berapi yg masih lagi aktif ~



Gunung Tangkuban Parahu ni salah satu tempat perlancongan yg terkenal di Bandung ni.... majoriti yg datang Bandung mesti datang ke sini .... tak sah kalu ke sini tak dtg .. Sampai2 je di puncak, hidung dah menghidu satu bau yang agak menyengat ~ bau sulfur kerana gunung ni masih dikategori sebagai salah satu gunung berapi di Indonesia yang masih lagi aktif .... Tempatnya sejukkk sgt, rasanya lagi sejuk dr Genting Highland...


Apa yg paling menarik di sini ialah kawah tinggalan letusan gunung berapi zaman dahulu yg masih lagi ada nyalaan asapnya.... kawah ni di beri nama Kawah Ratu ... pemandangan sekelilingnya pon sangat cantik ...

Asal usul gunung ni mengikut lagenda ceritanya dikaitkan dengan lagenda Sangkuriang yg diceritakan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya daripada menikahinya, Dayang Sumbi telah mengenakan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam tempoh 1 malam sahaja. Sangkuriang kemudian menjadi marah kerana gagal memenuhi syarat tersebut lalu menendang perahu yang dibuatnya sehingga terbalik dan ini lah yang membentuk gunung Tangkuban Parahu. Sekian menurut cerita yang diceritakan kepadaku~ hehehee

Snap2 gambar, pastu bagi peluang Hiro menunggang kuda , jalan2 cuci mata, beli sehelai baju sejuk untuk Ayumi & Hiro .... kami kemudiannya balik ke pekan Bandung untuk makan tengahari then sambung jalan2 untuk shopping lak.


2. Batik Danas Hadi

Sebuah outlet yang jual pakaian dr kain batik... time ni Hiro dgn papa je masuk, mama dok dalam keta je sbb Ayumi syok tido... tak sampai hati lak nak angkat dia kuar.


3. Pasar Baru

Orang lain maybe suka gi Factory Outlet, tapi bg saya , lagi besh shopping kat Pasar Baru , banyak choice then leh tawar menawar sebanyak mungkin, hehhee

So, hari ni sampai2, orang tak ramai sgt, maybe sbb waktu hari Jumaat tu kan hari bekerja, kalau Hari Minggu, mmg penuh sesak la sampaikan susah nak jalan .. Dapat la rembat beberapa barang untuk diri sendiri, Ayumi & Hiro .... brg2 untuk papanya tak sempat nak rembat sbb dah kesuntukan masa... hahahaha esok je la sambung lagi acara rembat - merembat ...


Oh ya, kalu nak datang shopping kat Pasar Baru ni, better shopping waktu hari bekerja ... sbb tak ramai orang n rasanya harga lebih murah .... takpe, esok nanti (Sabtu) akan datang sekali lagi & try utk buat perbandingan harga.

Kat sini kedai tutup kol 5.00ptg ..so, balik hotel , lepak2 , mandi2 , dinner kat cafe hotel & zzzzzz~ .... kumpul tenaga balik yg hilang untuk esok harinya plak.... hehehehe


Day 3 - Hotel -> sambung shopping kat Pasar Baru (hahaha) -> bertolak balik rumah (Jakarta)

Sebelum bertolak balik ke Jakarta , singgah sekali lagi ke Pasar Baru untuk shopping barang2 hubby plak + kasut untukku.... hehehehe, sempat lagi sekali lagi tersangkut plak 2 helai legging untuk Ayumi ... actually sebenarnya nak cari legging yang plan takde corak2 / gambar kartun, tapi punyer la susah nak cari, dorang takde jual sgt legging yg plain, suma bergambar.

Sesambil tu, sempat buat survey harga untuk beberapa barang... saja nak tengok ada beza tak harga pada hari minggu dgn hari bekerja. Memang ada, harga berganda2 yg amat dinaikkan oleh penjual pada hari minggu sbb biasakan orang shopping hari minggu. So, peniaga mmg letak harga tinggi dr hari biasa & bila minta kurang pon susah nak dapat.

So, kalau ada kawan2 plan nak datang shopping di Bandung, better jgn dtg hujung minggu.



Habis shopping barang yang nak, maka kami pon bertolak balik ke Jakarta .... selesai la cuti2 hujung minggu kali ni yang menyeronokkan .... hehehehe...


Tq hubby sebab ajak... lenkali kalu ada program kat sana, jgn lupa ajak lagi ek.... hahahaha!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dahsyatnyer Doa Seorang Ibu

Sekadar perkongsian ilmu yg menarik ...


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila masa ada untuk buat benda tak baik tapi tiada masa untuk buat yang baik.

* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

** Jika setitik airmata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang , so ibu-ibu jangan jatuh air mata and anak jangan bagi air mata ibu jatuh. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.***

** Kalau balik tengah malam, buka lampu dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.**

* Ada 3 mata yang tidak dijilat api neraka ;
(1) Melihat kaabah sehingga menitiskan air mata
(2) Memandang wajah ibu yang sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.
(3) Membaca alquran sehingga menitiskan air mata.


* 3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur ;
(1) Ibu
(2) Anak
(3) Suami

* Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya ... kiranya tak menangis teruk la.... sesiapa yang masih ada ibu, pandangla selalu.

* Adalah menjadi satu dosa jika kita menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu kepada ibu.

** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat kita letakkan ibu kita di tempat yang terbaik.

** Barangsiapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang (jika ibu sudah meninggal), maka dia dikira anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka kepada ibunya. Maknanya kita hendaklah sentiasa mendoakan ibu kita samada ketika masih hidup atau sesudah meninggal dunia.

**** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .



*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.


SELINGAN : Kata ustaz, kalau kita ada perselisihan faham dengan suami/isteri sampai nak bercerai, tgk la mukanya bila tidur, kalau masih terbit perasaan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai. Jika tiada rasa semua tu maksudnya jodoh dah memang tiada, boleh proceed ke mahkamah.


Anak Lari Dari Rumah

*Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil

*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK

*** Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Wallahualam.., marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.

Meh Meh .... Petua Untuk Sesiapa Yang Nak Cantik :D

Ehehehe... jam dah pukul 12.43 mlm , anak2 pon dah tido ...
Boring mata tak ngantuk lagi, searching tru internet ... pastu jumpa byk gak petua2 menarik ... hehehe menarik utk dicuba... biasa la kan , pompuan biasanya mmg selalu nak pastikan diri cantik & menarik di mata orang lain ....

Meh kita kongsikan petua-petua yg telah ditemui ;D
1. Lambatkan Proses Kedutan pada kulit wajah .
Sediakan sebatang lobak merah, sebiji kuning telur dan sesudu tepung jagung. Parut lobak merah dan satukan dengan kuning telur dan tepung jagung. Kacau hingga mesra. Lumur adunan ini pada seluruh wajah. Biarkan hingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalkan selalu.


2. Petua Gincu Lebih Menarik
Simpan gincu (lipstick) dalam peti ais. Keluarkan gincu ketika hendak digunakan dan gunakan seperti biasa. Warna gincu akan kelihatan lebih menarik dan tahan lebih lama.Untuk mengekal gincu ketika pakai, sapu gincu di bibir sebanyak 2 kali.

Selepas sapuan pertama, tekap atau cium pada kertas tisu. Kemudian buat sapuan kedua.
Untuk menampakkan gincu lebih berkilat dan menawan, oles lip glos dengan menggunakan jari.


3. Petua Menegangkan Payudara
Hampir semua wanita yang sudah bersalin mengalami masalah buah dada atau payudara menjadi kendur dan tidak bermaya seperti dahulu lagi. Untuk mengatasi masalah ini, cuba lakukan salah satu petua di bawah.

a) Dapatkan beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan kering dan lakukan berulang kali. Menurut orang-orang tua, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'.

b) Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan 2 kali seminggu.

c) Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.

d) Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.


4. Petua Melambatkan Rambut Beruban
Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam satu cawan teh pekat hangat, kacau hingga larut. Setelah sejuk pada suhu bilik, tuangkan secara merata pada rambut lalu urut-urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, kemudian bilas dengan air bersih tanpa menggunakan shampoo. Untuk hasil yang maksima, lakukan perawatan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali.


5. Petua Melebat & Menghitamkan Bulu Mata
Rendam 1 sudu teh dalam 1 cawan air semalaman. eesokannya lurutkan air rendaman teh pada bulu mata dengan mengusapnya ke atas menggunakan hujung jari telunjuk.

Boleh juga menggunakan minyak zaitun sebagai ganti. Lakukan setiap malam sebelum masuk tidur.


6. Petua Tegangkan Kulit Perut Menggeleber
Untuk mengatasi atau mengelak berlskunys masalah ini, ambil sesudu kecil jus limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul kesemua bahan ini hingga mesra dan sapu pada kesan-kesan mengeleber pada perut setiap hari ketika masuk tidur. Lihatlah perubahan pada perut anda dalam masa dua minggu.

Sekian, kalu nak tau petua2 yg lain, sila lah rujuk ke laman web di bawah ni ekk :D

Sumber : http://101petua.blogspot.com/

@Kidzania Jakarta

Entry tertunda ... hehehe...

2 minggu lepas .... kebetulan hubby tak kerja, maka keluarlah kami berjalan2 sementelah Hiro sudah byk hari merungut tak gi jalan-jalan. Plan hari tersebut, beli barang2 untuk Ayumi ( citer dlm entri lain la ekk) then bawa si abang gi main kat Kidzania. Mula2 tertanya2 juga camne la tempatnya, maybe cam tmpt main macam kat Sunway Piramid kot.

@KIDZANIA JAKARTA

Lokasi : Tingkat 6
Pacific Place Mall
Jakarta Selatan


Masa : Sabtu (3.00ptg - 8mlm)

Kidzania ni rupanya terletak di tingkat 6 salah sebuah pusat membeli belah yg besar di bandar Jakarta yg dikenali sebagai Pacific Place Mall .... ada 9 tingkat dan taraf brg2 kat sini cam kat KLCC la... berjenama n mahal...

Ayumi x kena byr sbb tak main ...
Untuk masuk, kena la beli tiket dulu ... so timing yg kitorang dapat kol 3.00 ptg selama 5 jam.


Masuk2, semua pengunjung dipersembahkan dengan nyanyian dan tarian tema Kidzania oleh staff2 di dalamnya, sungguh meriah.

Rupanya Kidzania ni agak berbeza dgn tempat permainan kanak2 yg pernah masuk , cthnya Sunway Piramid. Konsep yg diterapkan kat sini ialah kanak2 akan 'learn & play' di mana untuk membolehkan mereka bermain dgn macam2 permainan yang disediakan, ibu bapa tak boleh beli tiket permainan.

Di sini, semua kanak2 kena usaha & kerja untuk dapatkan duit bg membolehkan mereka membyr permainan yang mereka nak main. Ibu bapa hanya jadi pemerhati je.... menarik konsep tu.

Mula2 Hiro taknak bila kami kata nak main kena cari duit dulu, agaknya dia ingat kena kuar dr situ n papanya kena pi kerja dulu .... hahahhaa..tapi bila dah pujuk2, then dia setuju pi kat tempat yang disediakan untuk kanak2 minta kerja, buat kerja dlm masa beberapa minit yg ditetapkan dan di bayar upah oleh staff kat situ dlm bentuk duit. Erm... bila dah buat satu kerja, kemaruk la plak nak buat kerja lain.

Kerja apa? Kanak2 boleh pilih kerja apa kat sini yg mereka nak buat ikut minat. Cth ;


Klinik Dental :- kanak2 boleh minta kerja n belajar jadi Dentist

Kedai Bakery :- minta kerja untuk buat doughnut.... donut betul ek, guna bahan yg betul ... diajar dan dibayar upah

Kedai Burger : - kerja sebagai tukang buat burger guna bahan yg telah disediakan

Kedai Fesyen :- minta kerja sebagai model n buat catwalk

Mini stesen minyak :- boleh jadi tukang tuang minyak .... hehehe

Balai Bomba & Polis : - jadi ahli bomba, padam api. Jadi polis -> tangkap pencuri (ada staff nyamar jadi pencuri)


Tempat buat bangunan :- jadi tukang cat / tukang buat bangunan



Tempat Main :

Kalau nak main game kereta ... lumba kereta ke, bawa kereta pusing2 je ke, kanak2 kena amik lesen dulu ... hehe

Tak tau la Hiro faham ke tak penerangan masa kelas memandu ni, ehehehe


Taraa~ ni la lesen memandu Hiro.... ekekeke

Lumba Kereta

Senamrobik/Gymnasium

Tgk pertunjukan silap mata .. dan byk lagi... tgk kat sini utk lbh detail... kalu nak story , pjg berjela lak.... hehehehe

http://www.kidzania.co.id/ver2/

Apa pun , 1 hari yang menyeronokkan tgk anak happy dpt main drpd terperap je kat umah.... hehehhe tp tak sempat nak main semua pon, masa tak mencukupi... takpe la... lenkali leh dtg lagi kalu 'boss' setuju... ekekeke .

Bila anak-anak demam...

Bila anak-anak demam, hati ibu mana yg tak risau. lagi2 bila kedua-duanya demam serentak ..... huhuhu... rasa tak cukup kaki tgn nak melayannya. Lagi - lagi nak monitor suhu badan 2-2 supaya tak tinggi .... pengalaman dulu masa si abg demam sampai kena 'fit' mmg buat mama jadi fobia bila bab2 demam ni ...
Mula2 si abg demam dahulu.... diikuti dgn selsema + batuk ....

Pastu... terjangkit plak kat si adik demamnya ....

Si abg yg tgh demam+selsema+batuk = leh lagi senyum bila diambil gmbr

Ayumi yg dah terlena lepas merengek jer ... bila bdn dah sejuk skit, baru nak tdo, tu pun kejap je

Time ni bdn dah sejuk skit, pantang tgk mama hala hp nak amik gmbr ... suka plak


Ayumi said : - aiyarkk~ malu la mama amik gmbr kita tak pakai baju masuk blog ...



Hai anak2 mama , cepat2 sihat ye.... gundah hati tgk kalian tak sihat.... lagi2 Ayumi yg asyik merengek je .... alhamdulillah si abg dah besar ...boleh la di tanya mana sakitnya or sebagainya...




~~ Mama yg dah 1 hari 1 mlm x tdo, lalok dah ni... hahahaha~~