Pages

MyLovelyFrenz ...

Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Anak. Papar semua catatan

Tips untuk Mengembangkan Konsentrasi dan Memori si Kecil


Berkaitan dengan bahasan sebelumnya mengenai cara meningkatkan konsentrasi dan memori si kecil, berikut ini adalah beberapa contoh kegiatan dan permainan sederhana yang dapat Bunda lakukan bersama si kecil untuk meningkatkan konsentrasi memorinya sesuai dengan tingkat usia :


0 – 6  bulan 
•    Pasangkan lagu yang menenangkan, dan belailah si Kecil secara perlahan. 
•    Sediakan waktu tenang, jangan ada suara gaduh (misalnya: radio, telivisi).
•    Biarkan anda dan bayi menikmati suasana tenang berdua saja, dengan tidak melakukan 
     apapun. Misalnya, hanya duduk berdua menikmati pemandangan, atau taman di depan 
     anda. Ceritakan pada si Kecil secara perlahan mengenai apa yang dapat dilihat di depan. 
     Hal ini dapat mengembangkan kemampuan si Kecil untk mengenali obyek-obyek yang 
     yang ada disekelilingnya dan kemudian mengingatnya.
•    Bacakan buku cerita, bacakan puisi atau cerita yang bersajak.




6 – 12 bulan
•    Ketika si Kecil terlihat ingin sendiri, jangan diganggu. Biarkan sejenak ia menikmati 
      kesendiriannya. 
•    Apabila ia bermain dengan jari-jarinya, biarkan saja. Memang kadang-kadang bayi 
      membutuhkan waktu untuk melakukan hal tersebut. 
•    Kalau bayi 'mengoceh', biarkan dia melakukannya. Ada kalanya ia suka melakukannya 
      sendiri tanpa ada yang ikutan menemaninya 'mengoceh'.
•    Teruskan kegiatan membaca bersama si Kecil, atau mendengarkan lagu-lagu yang 
      menenangkan.




1 - 2 tahun
•    Sediakan permainan sederhana seperti gelas plastik, dengan air dalam baskom, sehingga 
      anak belajar menuang, memindahkan air dari satu gelas ke gelas lain.
•    Mulai perkenalkan pemainan dengan plastisin atau playdough. Selain itu juga bermain 
      dengan balok-balok untuk membangun bentuk-bentuk tertentu. Tapi anda jangan 
     membuatkan untuknya. Biarkan dia membuat untuk dirinya sendiri. Yang menjadi tujuan 
    di sini adalah, anak asyik dan belajar untuk menyelesaikan akivitas yang telah dimulainya. 
•    Apabila anak baru mampu berkonsentrasi untuk beberapa saat, biarkan saja. Jangan 
    paksa anak. Ingat, berkonsentrasi perlu latihan. Lama kelamaan rentang konsentrasinya 
    akan meningkat dengan bertambahnya usia dari latihan. 




2 tahun ke atas
•    Pada usia ini sebaiknya kita memberikan kegiatan dari yang mudah ke yang sukar. 
     Derajat kesulitan tugas akan mempengaruhi motivasi anak dalam mengerjakan aktivitas 
     tersebut. 
•    Tetap bacakan buku! Setelah kita bacakan, minta si Kecil untuk menceritakan kembali.
•  The memory Game: Mulailah 10 kartu, kemudian 12, 14, 16 kartu, dan seterusnya. 
    Dengan permainan memasangkan/menjodohkan atau matching game ini anak akan dilatih 
    dalam konsentrasi dan memori.
•    Menyambung titik-titik (Dot to dot): Mulailah dari 10 titik, kemudian 20 titik, dan 
      seterusnya.
•    Puzzles: Mulailah dari 9 potong, 16 potong, 24 potong dan seterusnya. 
•    Permainan meja seperti ular tangga, monopoli, ludo dan halma dapat diperkenalkan pada 
      anak. 
•    Permainan aktif di lapangan seperti menangkap melempar bola, kegiatan melompat 
      sesuai dengan contoh yang kita tunjukkan, dapat menjadi alternatif.



** Artikel ini disalin untuk simpanan sendiri dari laman web www.infobunda.com .**





Ent. 1/2012 - My son's school Start Today

Ewahhhh~ Omputih gitu tajuknya .... hehehehe... lama dah tak menulis, bukan takde cerita, cerita banyak tapi tangan yang nak menaip ni haa, punyer la malas~.... Kiranya hari ni baru ada mood kerajinan nak menaip ..... ekekeke....

Bila dah lama tak update, blur plak nak story yg mana satu .. takpe la, kita mulakan yg paling latest nyer citer je la ..... alkisahnya, hari ni dah setle urusan hari 1 anak bujangku kembali memulakan persekolahan setelah sekolahnya cuti selama sebulan setengah.

Tahun ni , abang dah di Kelas 2 (tapi umurnya baru 7 tahun) .... guru kelas baru namanya Mrs Tammy ...sweet dan peramah orangnya. Abg seperti biasa la, dari semalam tak sabar2 nak gi sekolah .... rindu kengkawan katanya. Haaa ~ tadi kemain sakan gembira jumpa kengkawan. Dalam kelas pon tahun ni kenal kawan baru  sebab murid-murid di Kelas 2 tak sama semasa dia di Kelas 1.

Macam biasa, pepagi dah kejutkan si abg utk siap2 ke sekolah sementara aku kembali bersilat di dapur pepagi buta setelah sekian lama bercuti ..... hehehehe bersilat utk sediakan sarapan dan bekalan di sekolah .... hari ni buat simple bekalaan jer untuk abg, Nasi Goreng Cina, Nugget Ayam dengan Roti Goreng Telur.


kat depan banner sambut kedatangan pelajar selepas cuti sekolah tamat



cian ... adik pon kena bangun pepagi gak sempena hantar abang hari 1st start sekolah ...
masamm  je muka adik, hehehe

alamak, mamanyer ter'over' plak depan kamera,ekekeke

beratur mengikut kelas dan guru tingkatan yang telah ditetapkan...

Doa Untuk Anak

1.Baca "Ya Latif" sebanayak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk
...
3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.


~ di copy-paste dr rakan FB untuk koleksi simpanan sendiri ~



Tips Menangani Karenah Anak

Tertarik untuk kongsikan satu artikel yang dipostkan oleh salah seorang kawan fb ku untuk simpanan sendiri dan dikongsikan dengan kawan2 blogger :D

Satu artikel yang sangat bagus pd pendapatku sebagai salah seorang ibu yang masih perlu banyak menimba ilmu dalam soal didikan anak2 ... betapa beratnya tanggungjawab dan amanah ini dan betapa kagumnya aku terhadap ibuku sendiri dan ibu mertuaku bagaimana tabahnya mereka mendidik kami anak2nya yang ramai hingga berjaya. Semoga aku juga berjaya mendidik anak2ku menjadi insan yang soleh dan solehah ....

Meh kita baca sama - sama ;

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak 

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. 

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. 

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. 

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 

"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"



Happy 1st Birthday my Izz Zahra Ayumi

Dah lama tak update citer pasal perkembangan Ayumi. Sedar tak sedar, pejam celik, pejam celik, hari ni genap 1 tahun dah usia puteri kami. Terasa cepat je masa berlalu .... macam baru semalam melahirkannya. Maklum la, kedatangannya mmg kami tunggu2 setelah sekian lama setelah kehadiran putera sulungku, Izz Hakimee Hiroshi yang dah pun kini berumur 6 tahun ....

Selamat Ulang tahun sayang .. semoga membesar dengan sihat, ceria dan di bawah lindungan Allah selalu serta menjadi anak yang baik dan solehah. Mama, papa dan abang luv you so much.

Sedikit update pasal perkembangan Ayumi dari usia 9 bln - 1 tahun ;

9 bulan ;
- sudah pandai merangkak ...tapi merangkak guna sebelah lututnya saja.... kdg2 kelakar tgk
- dah pandai bangun sendiri serta berjalan sambil berpegang tangan
- rambut masih macam dulu, tak lebat sangat .... tak sabar nak tunggu rambut adik lebat n pjg ... hehehe
- alhamdulillah, masih tidak banyak karenah sgt walau di bawa ke sana ke mari
- dah tau tunjukkan mana satu matanya bila di tanya

pantang tgk org buka laptop ....mesti dtg utk join sama .. hehehe


10 bulan
- gigi pertama tumbuh pada 20 Jun, hari pertama kat kg Tokbah kat kelantan ( masa tu kami pulang bercuti sekejap )
- jalannya sudah makin laju walaupun masih perlu berpaut pada sesuatu
- sudah berjaya tepuk tgn sendiri , hehehehe
- sangat suka pada binatang bergelar KUCING .... hehehehe kalau nampak kucing, pasti gelak terkekek2, comel sgt agaknya bagi dia .... hehehehe ..


11 bulan
- gigi ke-2 , 3 dan 4 dah tumbuh ( 3 kat bawah, 1 kat atas skrg  ni)
- makin notty2.... hehehehe pandai campak2 brg or do something to attract perhatian mama
- masih lagi berjalan sambil berpaut.... masih tak cukup berani lagi kot nak try jalan sendiri
- suka bergurau . dah pandai minta makanan kalau nampak mama or papa makan ...
- pandai main CikuCak dengan org sambil guna tangan sendiri untuk tutup matanya
- sudah pandai merangkak dengan betul
- dah mula berani nak panjat tangga la plak ...
- pantang dengar lagu , mula la goyang2 kan badan or punggungnya
- suka bercerita walaupun tak tentu butir cakapnya.... potpetpotpet dgn mama, kalau mama tak layan, suka cucuk tgn kat pipi mama .... agaknya nak soh layan dgr dia berceloteh ..... hahahhaha... mama tak faham adik cakap apa laa....



nmpk tak 3 btg gigi saya yg kat bawah tu? hehehe


12 bulan
- xsabar nak tunggu apa lagi skill dia akan dpt lepas ni ... hehehehehehe




Gigi Susu Sulung Si Abang dah tanggal ... hehehe

Dah 2 hari si abang mengadu, katanya gusinya sakit dan giginya gerak2 .......



Si abang : Mama, I want to tell you something (ayat favourite dia sokmo) ....
Mama    : Apa dia sayang ?
Si abang : Mama, look at this (sambil nganga mulut then tunjuk kat gigi depan dia ) .... my teeth can move and my gusi sakit la mama ...
Mama    : Abang tak gosok gigi kot, tu yang sakit.
Si abang : tak la , saya dah gosok gigi la mama.
Mama    : ooo ... agaknya gigi abang nak tercabut ni ... tak pe ... nanti bila dah tercabut gigi ni, ilang la sakit gusi tu.
Si abang  : Mama, my teacher said at school .... when our teeth fall down, we should put under the pillow , later then the toothfairy will come and take it.
Mama    : Hiro .... cikgu abang Omputih .... tu cara omputih ... kita takleh wat camtu sbb kita orang Melayu dan orang Islam ,....
Si abang : then how mama if my teeth fall down?
Mama   : Bila gigi abang dah cabut nanti, kita buang atau tanam jer kat dalam tanah ...
Si abang : pastu gigi tu tumbuh jadi pokok ke mama?
Mama   : hahahahaha takde la... gigi tu hilang dalam tanah la, then  abang akan dapat gigi baru nanti ...
Si abang : ooooo... sambil berlalu menyambung permainan dia ...




Now ... hari ni .... lepas lunch tadi .... mulut dok bising2 cakap sakit gusi ... apa lagi tokbah dia (my father) suh tunjuk kat dia and bagi alasan nak letak ubat (hehehehe padahal my abah nak cabut gigi goyang cucunya tu) ..... lalu bila si abang nganga mulut tunjuk tempat sakit .... apa lagi, tokbahnya slowly pakai tisu terus je cabut .... hahahahhaa meraung si abang ... bukan sbb sakit kena cabut gigi, tapi bila tgk ada darah yang keluar .... last2 baru percaya sakit gusi dia dah hilang .... and darah pon dah selamat berhenti ...



Taraaaa~  ni la muka org baru lepas gigi dia tercabut ..... ekekekeke

cian anak teruna mama ni .... takpe la yer sayang ..... nanti tumbuh gigi baru yang lagi cantik


Bila Anak-anak Kena Demam 'Chicken Pox'

"Chicken Pox' / cacar air / bertih (ni panggilan orang2 kelate ...hehehe) ..... demam dan diikuti bintat2 merah dan mengandungi air ...... ingat lagi .... dulu aku kena masa di Tingkatan 2 , punye la gatal dan sakit2 badan .... sampai sekarang, parut nya ada lagi ... kat muka lak tu... bukan sekadar parut biasa... tapi berlubang sbb tangan gatal2 pergi kopek bintat yang dah kering tu ..... hehehehe mama dah larang, tapi biasa la kan, bila gatal menyerang .... sgt syok digaru dan dikopek ..... hahahaha

Ok ..ok ... ni bukan nak citer pengalaman aku kena chicken pox .... tak besh sbb dah basi... hahaha... ari ni nak berkongsi cerita pengalaman kali pertama anak2 yang terkena penyakit ni. 2 minggu lepas, anak terunaku, Hiro yang kena dahulu .... rasanya dia terjangkit dengan kawan dia kat sekolah sbb bila aku maklumkan pada guru kelasnya ketidakhadirannya, guru kelas nya juga memberitahu aku sebelum Hiro, sudah ada beberapa orang pelajar lain yang dapat sakit yang sama. Takpe, la.. kurang2 kena masa kecil ni parut senang hilang (kot...) cuma leceh sbb nak kena pandai handle emosi .... ye la, nama pun budak2 kan... bila dah sakit tu ... of course merengek, taknak makan .. hehehe..

Hari 1 Hiro kena, my hubby yang perasan ada bintat2 merah kat badan dia masa balik dari sekolah .... so lepas kerja... terus hubby bawa g klinik .... and doktor sahkan mmg cacar air.... dapat la sebakul ubat2 utk diminum, krim utk disapu dan bedak utk hilangkan gatal. Keesokannya baru dia start demam .... panas sgt panas... risau aku ... mula2 terpaksa la kuarantinkan dia tdo di bilik dia sendiri ... tak boleh tdo di bilik kitorang buat sementara waktu ( dia ada katilnya di bilik kitorang) .... Oleh kerana si abg ni penakut utk tidur sorang2 kat bilik dia, jadi papanya la yg terpaksa temankan ..... aku tak blh nak temankan sbb Ayumi menyusu badan.

Cabaran paling susah adalah untuk memahamkan si abg agar jangan sentuh barang2 adik dia, jangan dtg dekat dengan adik dia or bergurau dengan adik dia buat sementara waktu ... tp nama nya budak2 kan.... tak faham sgt n naluri nak main dgn adik dia mmg kuat sbb dia suka main dgn Ayumi.

Kadang2 marah juga bila dia dtg dekat adik, peluk mainan adik dia ... bkn apa , takut terjangkit kat si adik... tp kalau selalu marah2 tak bg dia main kat adik.... mesti dpt ayat sentap dari dia ...such as ...."mama ni tak sayang saya ke , asyik tak bagi main dengan adik jer'..... huhuhu sentap dgr, pening kepala nak bg faham .... hanya utk sementara waktu je smpi dia betul2 kering chicken pox nya .... Tapi alhamdulillah 3 hari je demam, hari ke 4 dah sihat lepas minum air kelapa .... maybe dah abis keluar kot. Tapi paling susah nak pastikan dia tidak menggaru agar tidak tinggalkan parut. Ada satu ketika aku siap warning lagi 'jangan garu or kopek, nanti muka jadi menggerutu dan berlubang2 cam Dinasour abang' ..... hahahahaha sambil tunjuk rupa patung Dinasour dia camne ... tau plak geleng2 kepala taknak muka jadi camtu.

Now, ni hari ke 4 si adik plak kena cacar air lps abg dia sihat ..... baru la si abang faham kenapa mamanya tak bagi dia main dgn adik dia masa dia demam bila tgk badan dan muka adik dia penuh dgn bintat2 merah berair macam dia .... yg kelakar, blh plak pi cakap dgn adik (macam adik dia faham) ....'I'm sorry adik' ..... hehehehe abg, abg .... manja pon ye , tp sekarang boleh diharap skit2 utk jaga adik time aku masak (sbb masih blm dpt maid baru smpi skrg). Semalam bagi Ayumi minum air kelapa muda juga, bertubi2 bintat2 naik di muka, belakang badan, depan badan, kaki dan tangan .... paling kasihan bila tgk dia kegatalan sebab tiada bedak gatal yang sesuai utk usia dia... doktor hanya bekalkan krim sahaja. Masa abg dia kena cacar air, doktor dia ada bagi bedak untuk kurangkan gatal , so tiap kali dia rasa gatal, just sapu je bedak tu.

Harap adik cepat2 la baik .... hujung minggu depan mau pulang cuti2 ke Malaysia dah .... huhuhuhuhu .. jenuh la pasni akan ku lumur losyen untuk ilangkan parut kat dua2 beradik tu ....harap2cepat2 hilang.

Hari Ke-3 kena Chic Pox - belum banyak lagi

meragam je, cian adikk~



Hari ke 4

Hari ke 4 .... demam pon tak hilang lagi


Baby Milk & Food Warmer ...

Kali ni nak kongsi cerita pasal alat untuk menghangatkan susu dan makanan bayi.

Semalam, sesaja bawa anak-anak jejalan 'ukur' shopping kompleks Mall Ambassador yang terletak di tengah-tengah kota Jakarta sesambil untuk hilangkan boring terperap di rumah je.... satu2 kedai dimasuki dan dijelajahi ... hehehehe.. sampai la satu kedai yang jual barangan baby , tetiba mata tertarik ke arah satu alat yang sgttt~ menarik hati.

Tanya2 pada pekedai tersebut, rupanya alat tu untuk menghangatkan susu / makanan baby yang sejuk or yang disimpan di dalam peti ais .... wooo~ baru ku tahu ada alat macam tu. Yang best nya, takyah pakai dapur gas, pakai letrik je then bila susu / makanan sudah cukup kadar kehangatannya, alat ni akan automatik berhenti dengan sendiri apabila dah capai suhu yang sesuai untuk menghangatkan susu / makanan bayi.

Harganya pon tak mahal .. rp145000 je, lbh kurang rm50 kalau convert ke ringgit Malaysia ... apa lagi, rembat la 1, senang skit maidku nak panaskan susu yang telah dibekukan dari peti ais kalau terpaksa tinggalkan baby bila ada acara / program di luar or hangatkan makanan bubur bayi yang dah dimasak. Senang gituu~
boleh hangatkan susu dlm botol or makanan bayi ... ... ada banyak jenama, tapi amik yang murah je la... hehehe
setting mengikut keperluan samada di rumah or di dalam kereta

Yang bestnya, penghangat ni boleh digunakan samada di rumah or di dalam kereta .... hanya perlu tukar butang untuk setting sahaja. Jadi, kalau jalan jejauh, tak perlu risau kalau makanan bayi yang disediakan dah jadi sejuk untuk diberi kepada baby sebab alat  ni boleh dipasang di dalam kereta untuk memastikan makanan bayi sentiasa hangat sebelum diberi kepada bayi.

Gambar kat atas tu ada dua setting, warna hijau - kita leh guna untuk setting kuasa dan tenaga kalau nak guna di dalam kereta, manakala butang warna oren - untuk setting kat rumah.
Butang tengah, hanya perlu pusing ikut kegunaan dan kadar suhu yang sesuai yang diperlukan samada ;
1. mengekalkan kehangatan susu yang dibancuh or yang baru diperah or makanan yang baru dimasak
2. menghangatkan susu or makanan bayi yang dibekukan ... (makanan / susu tersebut perlu dibiarkan sebentar selepas dikeluarkan dari tempat beku sampai bertukar menjadi cair sebelum dihangatkan)
3. setting ke -3 , biasanya untuk suhu 70C - 100C , boleh digunakan untuk mensterilkan botol susu.

semua jenis botol susu boleh muat untuk dihangatkan , yang penting botol susu tersebut mesti la dari jenis plastik yang berkualiti dan bebas BPA

boleh juga digunakan untuk menghangatkan makanan bayi atau mengekalkan kehangatan makanan tersebut sampailah masa untuk memberikannya kepada anak.

Setakat itu sahaja perkongsian untuk hari ini .... :D

My Hiro Theatre & Term 1 Breaks for AIS

25 /03/2011 (Jumaat) - Last day untuk Term 1 di AIS, pasni my Hiro akan cuti sekolah 2 minggu, yayy~

Jumaat yang lepas juga giliran kelas si abang membuat persembahan di dalam perhimpunan mingguan sekolah .... as a support, me & hubby serta adik Ayumi datang ke perhimpunan untuk melihat hasil drama kelas Hiro yang bertajuk 'The Ugly Bug'. Nice story, pandai cikgu dorang ajar dorang camne nak berlakun dan tak takut di atas pentas.

Meh kita tgk apa yg berlaku ;

1. Persiapan sebelum persembahan .... setiap ibu bapa pelajar kelas Hiro yang datang secara sukarela membantu guru kelas menyiapkan pelajar2 dengan pakaian lakonan mereka.



2. Ambil gambar dulu ramai-ramai sebelum bergerak ke dewan .... hehehehe comel2 semuanya. Hiro kena lakonkan watak sebagai Dragonfly ... hehehehe pakaian tu semua budak2 ni buat sendiri dengan cikgu dorang .... sib baik, takyah pening2 kepala nak cari costume kat kedai mana.




3. Kat belakang pentas tgh tunggu timing untuk keluar buat persembahan ...... mesti masing2 berdebar2.



4. Sebahagian dari aksi persembahan mereka. Cantik backdrop pentas , hasil sumbangan salah seorang bapa pelajar kelas Hiro.







5. Yay, persembahan dah selesai..... now sesi class party plak ... makanan2 adalah hasil sumbangan ibu bapa .... ala2 port luck gitu .... nyummy~ hehehehe ....

sementara tunggu ibu2 atur2 makanan yg dibawa, cikgu kelas dorg lekakan dorg dgn aktiviti melukis, takde la bising2

with his bestfriend, Patrick

masa untu menjamu selera

Beshnyer cuti ..... lagi besh nak tunggu tokBah, TokMa & CikB datang bercuti seminggu kat sini, lalalala~

Ayumi is turning to 7month & my 4th book collection

19 Mac ni Ayumi genap 7 bulan ... cepat plak terasa masa berlalu ...



* Dah boleh mengengsot ... tapi bukan ke depan .... mundur ke belakang ... muhahahahaa... bila ntah nak gerak ke depan ..
* Dah makan ... so far alhamdullillah semua yg disuap makan & takde masalah lagi dengan sistem penghadaman dia, tiap2 hari sekurang2nya sekali pasti dia akan buang air besar.


tgk tu ... sibuk juga la nak pegang sudu sendiri..
* Dah pandai duduk skit2, tapi perlu letak bantal belakang sbb tak pandai lagi nak kontrol kalau nak terbalik ke belakang.
* Dah pandai marah & merajuk kalau mama saja je buat2 lambat bg susu ... hehehehe comel je muka time majuk ...  mcm abg dia kecik2 dulu

suka benor anak dara sorang ni dok camtu gaya kalau dlm stroller ....ish ish ish~
* Dah pandai sebut 'mama', 'papa' ... tapi perkataan pertama kuar 'mama'... yess! suka2 .... dulu masa si abg sebut papa dulu ..... hehehehe...... tapi banyak dok sebut papapa la... kalau time duduk dgn papa dia & nak susu / nak mama dia amik dia baru la nak sebut 'mama' sambil buat muka sedey~ sambil depang dua2 tangan ....
* Suka bebenor gelak (kdg2 mengekek2) kalau si abg bergurau dgn dia ...
* Suka hisap susu sambil pegang sebelah kaki ..... buat masa ni masih eksklusif breastfeed lagi ..... no formula ...
* Kalau letakkan dalam walker bila time makan, suka benor makan sambil melompat ..... haaa... jgn tak caya yer, dia blh bgn berdiri kat dlm walker tu pastu terlompat2 sambil mulut nganga soh kita suap ... hasilnya.. tiap kali makan pasti muka dia comot2 sebab tgn mama salah landing sudu..... hahahaha...
* Dah makin semangat badan sejak makan .... tgn mama pon dah mula terasa cam 'Hulk' bila dukung lama2 .... mana taknya, dah 7kg++ dah sekarang ni.... hehehe

Sebut pasal makan, bulan lepas masa jalan2 kat Carrefour, ternampak la buku resepi untuk makanan bayi yang dijual ... menarik sbb harganya murah, saiznya kecik je ..... gambar cantik & resepi dia pon menarik untuk dicuba.... tapi ada juga la nama2 makanan/sayur yang tidak dikenali / difahami sebab buku tu dalam bahasa Indonesia .... hehehehe... ni la rupa buku tu dan beberapa contoh isi kandungannya  ;



Menarik kan buku ni? Idea2 resepi di dalamnya juga menarik..