Kadang2 rasa boring asyik masak benda yang sama je, almaklum la, bkn chef masak la katakana, kadang2 rasa jemu makan masakan sendiri ( boleh gitew? Ahak! ). So Jumaat yang lepas godek2 internet, niat hati nak cari masakan yang lain dari yang lain la plak, jemu dah tekak makan yg sama je .... maka terjumpa la resepi yang menarik untuk di cuba .... IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT ... eh ,eh.. macam menarik ni utk dicuba sedap ke tak, maka resepi pon disalin..... tapi lupa plak nak salin alamat blog yg kongsi resepi ni utk diberi kredit .... minta ampun la kat tuan punya asal resepi ni, saya tak ingat nak salin alamat blog , sbb bnyk sangat surf laman web dlm waktu yang sama.
Taraaa~ ni la hasilnya .... walaupun hiasannya tak menarik sgt, tapi sosnya cedappppp bangaatt! Sila la mencubanya ye .. resepi ada di bawahnya saya sertakan ....
BAHAN ;
2 ekor ikan bawal / tenggiri
¼ cwn tepung serbaguna
3 helai daun limau purut - hiris halus n digoreng garing.
2 ekor ikan bawal / tenggiri
¼ cwn tepung serbaguna
3 helai daun limau purut - hiris halus n digoreng garing.
1. Ikan dibersihkan n disalut dengan tepung. Goreng hingga keemasan.
2. Tabur daun limau purut yg telah digoreng n sos daun limat prut ke atasnya. Enak di makan panas2.
BAHAN UTK SOS DAUN LIMAU PURUT ;
5 ulas bwg putih – dicincang
3 ulas bwg merah – dicincang
5 biji cili padi hijau – dicincang
5 biji cili padi merah – dicincang
4 helai daun limau purut – dihiris halus
¼ cawan cuka ~ ~saya ganti dengan air limau kasturi sbb xde cuka
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
2 – 3 besar gula
Garam secukup rasa
½ cwn stok ayam ~~ kalau xde, leh guna air biasa + ½ kiub pati ayam
1 sudu kecil tepung jagung – bancuh dengan sedikit air.
CARA BUAT SOSnya ;
1) Tumis bawang putih n cilii padi hingga wangi
2) Masukkan semua bahan n biarkan kuahnya menjadi pekat.
3) Setelah pekat, matikan api dan tuang ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
Selamat Mencuba
Read Users' Comments (2)



