Pages

MyLovelyFrenz ...

~*Tips Memilih Lipstik sesuai Warna Kulit*~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagaimana memilih lipstik yang sesuai warna kulit anda? Di sini CCC nak bagi tips tentang cara memilih lipstik yang tepat untuk warna kulit tertentu. sudah pasti kita harus cermat memilih warna lipstik yang tepat agar riasan kita menjadi sempurna dan tampil cantik.ini panduan memilih warna lipstik yang sesuai dengan kulit... anda.

Untuk Warna Kulit Kuning Langsat

Agar mendapatkan kesan riasan bibir yang menyegarkan lebih baik anda menggunakan lipstik berwarna turunan orange muda menuju kecoklatan atau juga warna maroon, rose, medium brown, berries. Elakkan penggunaan warna coklat tua, juga warna nuansa pastel kerana justeru akan membuat kulit kelihatan kusam. jika ingin tampak glossy tinggal tambahin lipgloss sedikit disapukan ke tengah bibir saja,.

Untuk Warna Kulit Putih
Color Choice Tips Memilih Lipstik sesuai Warna Kulit

Pemilihan Warna Lipstik

Bersyukurlah anda yang mempunyai kulit putih, hampir segala jenis warna lipstik sesuai untuk dipakai kepada wanita yang berkulit putih. anda tinggal menyesuaikan warna lipstik anda dengan pakaian yang anda kenakan sahaja dan seboleh mungkin anda elakkan warna lipstik yang terlalu pucat.

Untuk Kulit Gelap

Bagi anda yang berkulit gelap anda boleh menggunakan lipstik yang berwarna gradasi beige hingga coklat pucat agar menghasilkan kesan mencerahkan. pandai pandailah berkreasi untuk menghasilkan hasil riasan yang sesuai dengan kulit anda. contohnya Pilih tone warna coklat yang muda bercampur sedikit merah untuk acara di siang hari seperti caramel, mauve atau walnut. Warna yang lebih gelap dengan campuran nuansa berry seperti plum atau wine ideal untuk malam hari

Untuk Kulit Sawo Matang

untuk andag berkulit sawo matang, untuk menghasilkan kesan riasan yang mencerahkan pada bibir, anda boleh menggunakan lip kayu warna karamel hingga peach.

##semoga tips ini berguna utk anda ..!~_^
Source :

www.facebook.com/chanteqcomeicollection


Tips Menangani Karenah Anak

Tertarik untuk kongsikan satu artikel yang dipostkan oleh salah seorang kawan fb ku untuk simpanan sendiri dan dikongsikan dengan kawan2 blogger :D

Satu artikel yang sangat bagus pd pendapatku sebagai salah seorang ibu yang masih perlu banyak menimba ilmu dalam soal didikan anak2 ... betapa beratnya tanggungjawab dan amanah ini dan betapa kagumnya aku terhadap ibuku sendiri dan ibu mertuaku bagaimana tabahnya mereka mendidik kami anak2nya yang ramai hingga berjaya. Semoga aku juga berjaya mendidik anak2ku menjadi insan yang soleh dan solehah ....

Meh kita baca sama - sama ;

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak 

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. 

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. 

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. 

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 

"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"



Cerita Jogja - Part 2

Taraa~ sambungan citer jalan2 ke Jogja .... hehehehe punyer la lama nak\ wat entry sambungan .... mls nak menaip sebenarnya .... kikikiki

Dari hari ke 3 sampai la hari ke 5 ( hari bertolak balik ) .... kebanyakan sesi jalan2 hanyalah bersama dengan anak-anak dan supir yang disewa sebab cik abg dah mula dengan kerja & programnya di sini ... so xmo la kacau2 kerja dia kan ....

Apa lagi, malam sebelum hari ke 3, surf2 dulu tempat2 lain yang menarik kat Jogja untuk dilawati or jalan - jalan .... perghh~ panjang gak senarai tempat menarik yang dijumpai untuk dijelajahi ... cuma tak tau sempat ke tak nak g semua tmpt2 tu ... hehehehe~ gi mana yang sempat dulu la, yang mana tak sempat tu, lenkali la kalau ada peluang datang lagi ke Jogja .... :D


Meh tgk sesi jelajah kami bertiga :D

@ KASONGAN ~ pusat kraftangan pasu, lampu2, bunga, lilin

 

ni antara pasu pilihan kami ... dah pon selamat tiba di rumah .... :D
 

@ ISTANA KRATON
~ jalan-jalan tgk istana kerajaan Kraton di Jogja .... tak abis explore sebenarnya sbb kawasannya besar .... separuh je sempat jalan2 tgk2 sebab Ayumi dah keletihan dah + si abg pon nak gi taman kanak2 plak ... maybe kalau ada peluang datang lagi ke Jogja, maka sesi jelajah istana Kraton ni akan disambung lagi, hehehe


kat dpn pintu masuk kawasan istana ~ pic taken by my son

adik dan abg yg happy sbb dpt jln2
 

catatan sejarah kehadiran orang cina ke Indonesia (Jogja)

sesi tayangan wayang kulit...
sebahagian dari bangunan di dalam kawasan istana Kraton


orang2 yang bertanggungjawab menjaga istana, kawasan sekitar dan bangunan2 di dlmnya

abg dan adik kat dlm bangunan sekolah lama anak raja Kraton

antara bangunan lama yang terdapat di dlm kwsn Istana Kraton


@ Taman Pintar Yogjakarta
~ dari istana, singgah ke satu kawasan yang dibina khas untuk kanak-kanak yang diberi nama Taman Pintar. Letaknya berhampiran dgn kawasan istana Kraton ini .... dibina sbg tmpt untuk anak2 menimba ilmu pengetahuan dalam bidang sains, matematik, astronomi, fizik , sejarah indonesia dan alam sekitar. Sgt menarik ....
 



nak masuk, kena beli tiket masuk dulu .... hehehehe



Ayumi kusyuk tgk ikan yg sedang bergerak2... ala2 mcm KL Aquaria la tp yg ni kecik jer
Ada bahagian Dinasour ... tempat kegemaran my Hiro

bahagian untuk menimba ilmu astronomi / astrologi

suka adik bila tgk abg berjaya gerakkn helikopter tu

@ Kids Fun Park, Jl. Wonosari (Jogja)
~ macam ala2 taman tema untuk anak2 dan ibu bapa habiskan masa bermain kat sini... ada macam2 permainan yang menarik dan bayaran masuk pon murah. 

 






seronok dpt hadiah dr clown

adik jadi tukang tengok abg main je la sbb adik kecik lagi
 



main go-kart for kid

 




Sekian cerita pendek keseluruhan cuti2 kami .... hehehe~