Abah .....
Lately 2 tahun kebelakangan ni mmg nampak kesihatan abah agak merosot seiring dengan usia abah. Kali pertama perasan masa aku hampir 6 bulan cuti2 dan berada di kg bersama abah dan mama sementara menunggu kelahiran anak keduaku tahun lepas dan kali ke-2 sewaktu pulang bercuti ke kg sebulan yg lalu bersama anak2 sementelah my Hiro cuti sekolah selama sebulan.
Aku sudah sedia maklum tahap kesihatan abah kerana abah pernah bercerita denganku sewaktu duduk lama kat kg , dan aku sentiasa mendoakan agar kesihatan abah semakin baik kelak. Tapi berita yg diterima dari kg beberapa hari lalu .... buat aku jadi sebak dan sedih :( , abah dimasukkan ke wad kerana lelah akibat paru2 dimasukki air dek kerana masalah buah pinggang abah dan kali ni, menurut abah, kali ke 4 doktor memberitahu abah yang buah pinggangnya rosak dan perlu ditebuk cuci untuk kekal sihat dan keadaan buah pinggang abah tidak semakin teruk yang boleh bawa kesan pada paru2 dan jantung. Walaupun bila bercakap di dalam telefon dan tidak nampak muka abah, aku dpt rasa dari detak suaranya, abah kalau boleh takmau di 'tebuk cuci' .. maybe abah takut lepas tu dah tak boleh nak bgn or bergerak ke sana ke mari seperti dulu .. tapi hanya itu pilihan yang doktor bagi sesuai untuk abah.
Next appointment abah adalah Disember ... abah cakap kalau boleh dia nak try cara alternatif lain dulu .... tebuk cuci adalah pilihan terakhir dia.... dan sbg anak , aku mau abah kembali sihat , semoga pendapat kami adik beradik utk pujuk abah ikut saranan doktor adalah yg terbaik untuk abah. Tapi, aku cuba juga bagi sokongan bila abah kata nak try cara lain dulu, aku tau bukan senang untuk pujuk my father ....
Huuhuhu sedey pon ada, dah la duk jauh , takleh nak g jenguk hari2 ... kdg2 terasa cemburu dengan mereka yg tinggal bersama or dekat2 dengan mak ayah sendiri, ada peluang utk dtg jenguk setiap hari or setiap minggu. Tapi aku tetap bersyukur, seorang adikku berada dan bekerja di kg, sekurang2nya adalah yang menemankan mama dan abah kalau2 ada apa2 kecemasan.
I LUV U ABAH ...
Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Abah.
Read Users' Comments (0)


