Pages

MyLovelyFrenz ...

Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

FUh....fuh.... fuhh... assalamualaikum! hihihihi lama tak jengah kemari ...cerita byk, nak kata sibuk, xde la sibuk sgt ... tp mood nak menulis takde .. ... :D hari ni rajin skit utk mencoret sesuatu kat sini.

ermm.. nak citer apa yer.... lama dah tak bercerita. Cerita pasal pindah rumah la dulu. Sekarang kami sedang sibuk dalam proses pindah ke rumah lain kerana rumah sewa sekarang yg di Setiabudi Timur ni akan tamat tempoh sewaan hujung bulan Julai ni. Nak sewa rumah lain susah sbb rumah2 kat Jakarta ni biasanya tuan punya rumah2 kat sini akan sewa secara tahunan, bukan bulanan. So, oleh kerana tinggal hanya 5 bulan je lagi berada di kota Jakarta ni, maka hotel apartment la yg paling sesuai untuk disewa secara bulanan.

Kalau ikutkan hati, malas nak pindah2 ni sementelah dah tak lama dah nak balik Malaysia, malas bab packing2 ... mula2 hubby try nak minta sambung sewa rumah ni sampai hujung tahun ni ... tapi owner rumah taknak kasi sambung sewa , alasannya dia nak jual rumah ni. So, kena la pindah, huhuhu .....

Ni la rumah kami ... tak kecik, tak besar.... biasa2 jer... rumah ni 3 tingkat ... tapi tunjuk tingkat bawah je la ek utk tatapan kengkawan ... hehehe tak larat nak snap tingkat 2 dan 3, dengan kotak merata2 .... :D

Our SetiaBudi Timur home sweet home ...

Ni la rumah kitorang kat Jakarta.... betul2 terletak di tengah-tengah bandaraya Jakarta .... strategik sbb dekat dengan pusat2 membeli belah utama seperti Ambassador Mall, ITC Kuningan, Grand Indonesia, Plaza Indonesia, Tanah Abang dan lain-lain.

Meh2 kita kita tgk ruangan bawah dulu .....

Ruang tamu 1

Ruang Tamu Ke 2





Dapur tempat main masak-masak .... hehehe kecik jer dapurnye




Ayumi yg baru bangun tdo and takmo mandi, nak main jer...



Itu aje dulu cerita ringkas buat masa ni .... nanti sambung lagi, mau sambung kemas2 barang2 plak yer ....

Tata titi tutu ... jumpa lagi di lain tulisan .... hehehehe





Wordless Thursday

Lama tak menulis kat sini ..... April dah berlalu, Mei pon sudah menjelma.......... bukan sibuk, cuma kemalasan melanda... lg2 sejak kehilangan mama, mood menulis juga melayang2 wpun kdg2 rasa nak luahkn kesedihan dan kerinduan ni.

Mama... rindu mama sgt2, rindu mau sembang2 dgn mama, cerita pasal anak2 & lain2 wpun tau semua tu tak mungkin akan terjadi kerana Allah lebih sayangkan mama.

Al-fatihah buat mama tersayang.




~*Tips Memilih Lipstik sesuai Warna Kulit*~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagaimana memilih lipstik yang sesuai warna kulit anda? Di sini CCC nak bagi tips tentang cara memilih lipstik yang tepat untuk warna kulit tertentu. sudah pasti kita harus cermat memilih warna lipstik yang tepat agar riasan kita menjadi sempurna dan tampil cantik.ini panduan memilih warna lipstik yang sesuai dengan kulit... anda.

Untuk Warna Kulit Kuning Langsat

Agar mendapatkan kesan riasan bibir yang menyegarkan lebih baik anda menggunakan lipstik berwarna turunan orange muda menuju kecoklatan atau juga warna maroon, rose, medium brown, berries. Elakkan penggunaan warna coklat tua, juga warna nuansa pastel kerana justeru akan membuat kulit kelihatan kusam. jika ingin tampak glossy tinggal tambahin lipgloss sedikit disapukan ke tengah bibir saja,.

Untuk Warna Kulit Putih
Color Choice Tips Memilih Lipstik sesuai Warna Kulit

Pemilihan Warna Lipstik

Bersyukurlah anda yang mempunyai kulit putih, hampir segala jenis warna lipstik sesuai untuk dipakai kepada wanita yang berkulit putih. anda tinggal menyesuaikan warna lipstik anda dengan pakaian yang anda kenakan sahaja dan seboleh mungkin anda elakkan warna lipstik yang terlalu pucat.

Untuk Kulit Gelap

Bagi anda yang berkulit gelap anda boleh menggunakan lipstik yang berwarna gradasi beige hingga coklat pucat agar menghasilkan kesan mencerahkan. pandai pandailah berkreasi untuk menghasilkan hasil riasan yang sesuai dengan kulit anda. contohnya Pilih tone warna coklat yang muda bercampur sedikit merah untuk acara di siang hari seperti caramel, mauve atau walnut. Warna yang lebih gelap dengan campuran nuansa berry seperti plum atau wine ideal untuk malam hari

Untuk Kulit Sawo Matang

untuk andag berkulit sawo matang, untuk menghasilkan kesan riasan yang mencerahkan pada bibir, anda boleh menggunakan lip kayu warna karamel hingga peach.

##semoga tips ini berguna utk anda ..!~_^
Source :

www.facebook.com/chanteqcomeicollection


Kelambu Oh Kelambu

Korang pernah pakai kelambu tak tido? atau just pakai ubat nyamuk jer? ....

Hehehehe sebut pasal kelambu, teringat masa zaman kecik2 dulu .... duduk di kampung ... perkara biasa la kan bila time tido nyamuk bernyanyi kat tepi telinga .... lebih2 lagi time musim tengkujuh .... haruslah telinga berdondang sayang dgn lagu nyamuk dan tepukan2 manja dek kerana digigit nyamuk.

Masih ingat lagi , dulu2 pakai kelambu, mama / abah akan sangkut or ikat kelambu tu 4 penjuru katil pada alang atap rumah., ye la kan ... rumah kampung kan biasanya rumah kayu ... jadi senang la nak pasang kelambu.

So, ada apa dengan tajuk kelambu hari ni? Citer dlm kelambu? Bukan .... bukan.... bukan .... hehehehe...
Nak dijadikan cerita .. beberapa hari yang lepas .... aku dan hubby telahpun membeli kelambu moden ..... hehehehe... satu utk saiz katil 'single' untuk katil anak bujangku dan 1 lagi bersaiz 'superKing' untuk katil kami .....agak mahal juga harganya , rp250,000 (rm90) untuk saiz 'single' dan rp320,000 (rm113) untuk kelambu bersaiz 'superKing" tu, tp yg penting keselamatan dan kesihatan kami sekeluarga. Ni gara-gara kawasan sekitar Kuningan telah dilanda wabak demam denggi berdarah , beberapa rakan dan anak teman2 kat sini dah ada yang kena, so baikla kami ambil langkah berjaga2 sebelum terkena .... huhuhuhu...

Meh kita tengok camne rupa kelambu tu .... rasanya kat Malaysia sendiri dah ada kelambu cam ni, tapi tak tau la plak berapa harganya di sana ...


Ni kelambu untuk katil anak bujang ku .... seronok plak dua beradik ni dok main dalam tu masa mula - mula pasang .... mcm main pondok2 lak .... hahahahha



Ni plak kelambu bersaiz SuperKing sbb katil kami yang tuan rumah sediakan memang besar .....



Jadinya, selamat tinggal nyanyian merdu sang nyamuk di telinga tiap2 malam .... my little princess pon tdo lebih lena .... hehehehe
 


Abah

Abah .....

Bln Julai adalah bulan kelahiran my Abah .... tahun ni genap 62 tahun usia Abah ...

Lately 2 tahun kebelakangan ni mmg nampak kesihatan abah agak merosot seiring dengan usia abah. Kali pertama perasan masa aku hampir 6 bulan cuti2 dan berada di kg bersama abah dan mama sementara menunggu kelahiran anak keduaku tahun lepas  dan kali ke-2 sewaktu pulang bercuti ke kg sebulan yg lalu bersama anak2 sementelah my Hiro cuti sekolah selama sebulan.

Aku sudah sedia maklum tahap kesihatan abah kerana abah pernah bercerita denganku sewaktu duduk lama kat kg , dan aku sentiasa mendoakan agar kesihatan abah semakin baik kelak. Tapi berita yg diterima dari kg beberapa hari lalu .... buat aku jadi sebak dan sedih :( , abah dimasukkan ke wad kerana lelah akibat paru2 dimasukki air dek kerana masalah buah pinggang abah dan kali ni, menurut abah, kali ke 4 doktor memberitahu abah yang buah pinggangnya rosak dan perlu ditebuk cuci untuk kekal sihat dan keadaan buah pinggang abah tidak semakin teruk yang boleh bawa kesan pada paru2 dan jantung. Walaupun bila bercakap di dalam telefon dan tidak nampak muka abah, aku dpt rasa dari detak suaranya, abah kalau boleh takmau di 'tebuk cuci' .. maybe abah takut lepas tu dah tak boleh nak bgn or bergerak ke sana ke mari seperti dulu .. tapi hanya itu pilihan yang doktor bagi sesuai untuk abah.

Next appointment abah adalah Disember ... abah cakap kalau boleh dia nak try cara alternatif lain dulu .... tebuk cuci adalah pilihan terakhir dia.... dan sbg anak , aku mau abah kembali sihat , semoga pendapat kami adik beradik utk pujuk abah ikut saranan doktor adalah yg terbaik untuk abah. Tapi, aku cuba juga bagi sokongan bila abah kata nak try cara lain dulu, aku tau bukan senang untuk pujuk my father ....

Huuhuhu sedey pon ada, dah la duk jauh , takleh nak g jenguk hari2 ... kdg2 terasa cemburu dengan mereka yg tinggal bersama or dekat2 dengan mak ayah sendiri, ada peluang utk dtg jenguk setiap hari or setiap minggu. Tapi aku tetap bersyukur, seorang adikku berada dan bekerja di kg, sekurang2nya adalah yang menemankan mama dan abah kalau2 ada apa2 kecemasan.

I LUV U ABAH ...
Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Abah.


It's BBQ time

Sabtu petang yang lepas, ada sikit makan-makan a.k.a BBQ dengan pelajar-pelajar PKMPI Jakarta yang dibuat di rumahku ..... ada la dalam 40 orang pelajar yang datang .... huhuhuhuhu penuh dan riuh rumahku yang kecil ini ... but I loike .... hehehehe si adik je la yg nampak bingung sbb tetiba jer ramai orang, hahahaha senyum pon tak nak bila diusik oleh kakak2 atau abang2 ...

Menu utama? Of course la ayam BBQ , tapi aku tak perap pon ....hahaha.. urusan membeli dan memerap ayam dilakukan sendiri oleh pelajar2 , kemudian nanti baru operasi bakar membakar di rumahku. So acara bermula lepas solat maghrib, para pelajar mula sedikit demi sedikit mendatangi rumah dengan ayam yg diperap, ada juga pelajar lain yang membawa makanan secara port luck. Aku hanya sediakan buah-buahan, lepat pisang, nasi goreng cina dan puding koktel berkuah jer ...

Jam 7 mlm .... rumah dah penuh dengan semua pelajar  dan penuh asap ( hahaha asap dr ayam yg dibakar masuk ke rumah.... ala2 berkabus gitu ) ... so, acara utama apa lagi, makan2, cit-chat2 , gelak2 dan klik2 amik gambar.

Lewat jam 11 mlm ... pelajar beransur pulang ... tq adik2 untuk potluck yang sedap dan tlg kemas2 lepas acara makan2 ..... nanti kita wat lagi lenkali .... :D

Gambar sekitar majlis tersebut ;

adik yang bad mood sbb ramai org yg dia tak kenal nak dukung dia, ekeke
abg  Hiro macam biasa, suka la ramai org layan dgr cerita Dinasour dia
  
kipas jgn tak kipas ye adik2 ~ ~

roti jala yang sangat enak
 


menu : lepat pisang, kek coklat, buah tembikai, puding koktel berkuah, muffin, roti jala, air punch, nasi goreng cina, bihun goreng, puding coklat, puding laici




Today is My 7th Wedding Anniversary

Happy Anniversary to me and my hubby yang ke - 7 ...... wish je la.... tak celebrate pon sebab hubby takde kat umah till next week. So, takde la rasa spesial sgt today ...... biasa2 je,... sambil2 melayan dua anakku yang comel ni...... ye la, mama nya sendiri la puji anaknya comel, takkan nak minta orang lain puji kot. Ekekeke.... ... teringin nak wat photoshoot sempena anniversary tahun ke - 7 , dah si abg lak kena chicken pox ..... ish , takkan nak photoshoot dgn muka dia yg blm ilang kesan chicken pox lak, cian plak kat dia. ....sbb impian hati nak pakai gaun putih (ecececece..... mimpi sesorg ni) .... Ayumi pon nak pakaikan dia dgn gaun putih, Hiro lak nak pakaikan tuxedo / kot hitam putih..... tp ... nmpknya takleh nak laksana la hajat tu.....  so , plan cancel je la... :D

Tadi saja timbang berat badan lepas tidokan my daughter ..... perghhh! banyak giler naik, 2 kg tu gara2 2 hari tension sesorg .... hahahaha bkn tension sbb kena buat kerja rumah lepas maidku berhenti kerja,.. tak kisah buat kerja rumah, bukan la aku ni manja sgt sampai taknak wat kerja umah ... ..tp sunyi kot sbb takde org time my son gi sekolah, tension dgn perangai satpam yg sibuk nak tolong itu ini sejak maid aku takde (tak payah, tak teringin nak ditolong pon, aku tau buat semua... tak yah nak sibuk2, dah kau satpam, buat  kerja satpam jer... jgn nak sibuk urusan rumah) ... ......... complicted lak nak tulis detail kat sini., takpe la.... biarkan jer...... hehehee... apa pun bahaya ni, 2 kg naik ni.... ish2 harus diturunkan balik ni, karang tak tercapai lak impian nak menguruskan badan .... :D

Mood nak masak canggih2 pon tak de, so masak je la simple2 untuk mulut sendiri dan anak2 ... goreng ayam dan sup sayur ... cuaca kat luar hari ni tak panas sgt, tp rasa malas lak nak kuar ..... lepak kat umah je la, si abg tu pon tak buat lagi tu kerja sekolah dia tu ....

Hehehehe tu je la kot citer hari ni .... lenkali la ekk kite story2 citer2 yg besh lagi. Kejap lagi nak pi masak bubur pulut hitam ( makan lagi...ishh) ... :D tadaaa~ bye bye

Santai2 @ Grand Indonesia, Jakarta


Hari Ahad yang tenang, anak terunaku pon dah kebah demam 'chicken pox' nya... tinggal parut2 nyer  je yg tunggu masa untuk hilang.. …. Hubby ajak kuar melepak kat kedai buku terbesar di sini, Gramedia yang terletak di Grand Indonesia , salah satu pusat membeli belah yang terbesar di Jakarta (tempat shopping orang kaya-kaya jerk, kitorang window shopping je la .. hehehe) sambil2 nak menikmati makanan Jepun ….ok je, lagipun lama tak kuar jejalan di hujung minggu lately ni ..

Sampai-sampai je kat Grand Indonesia …. Haruslah mencari restoran Jepun dulu untuk mengisi perut yang dah mula berkeroncong. Lepas dah dapat tempat duduk, hubby tanya nak makan apa …. Hehehehe… apa2 je la darling yang dirasakan sedap untuk dimakan, daku ni tak pandai makanan Jepun2 ni …. Ni pun sbb nak try …. & kena fikir gak, cam ne nak buat Hiro pon makan jugak … hehehe ..

So, hubby order Dragonfly Sushi, Tempura Cha Soba & Tempura Udon , minuman lak order Jus Lemon, Strawberi Milkshake & Cappucchino Crumb …. Tgk gambar dalam menu order macam menarik je … harap2 sedap jugak la bila lalu dalam tekak …… hehehehe …
seperti biasa, sementara tunggu makanan sampai , ekekeke... si abg tu baru baik dari demam 'chicken pox'

apsal muka berkerut tu dik~

Tempura Udon .... cedapp~
Dragonfly Sushi ... yg ni paling best~ I Like iitt!
Abg Hiro tgh makan Tempura Cha Soba .... mama xberapa suka yg ni .... :D

cian adik terliur ... kasi skit la rasa mee Cha Soba
abg minum strawberry milkshake
Cappuchino Crumb ... nyummy~

Lepas dah kenyang perut …. Jalan2 kasi pecah lemak skit sambil menuju ke kedai buku idaman … Gramedia … janji tadi dengan anak teruna ku, kalau dia berjaya makan Tempura Cha Soba tu... kitorang akan belikan dia buku .... hihihi kena la belikan sebab dia makan tadi.

Lebih sejam jugak la melepak kat dalam tu .... Ayumi pon sempat tido dengan lena nya sambil mama bersila atas lantai membaca buku dari rak, kui kui kui ... senang bawa budak kecik ni ke mana2, tak banyak kerenah.
 
Sibuk gak nak belek2 buku ... kikiki


My 34th Besday today

Lama xupdate blog, citer ada, cuma idea nak karang ayat je xmai2 .. heheehehe

Alhamdulillah , hari ni dipanjangkan umur setahun lagi utk bersama keluarga tercinta dan melihat anak2 membesar. Dah genap 34thn dah pun hari ni .... hihihi. Jap nak make a wish dulu ....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

hehehehe tak yah tulis la apa wish kat sini ekk.... rahsia peribadi.
Ok... tata ...nanti kita story2 pasal lawatan ke Taman Mini Indonesia Indah last week dlm entri lain ....

4 Kesalahan Fitnes yang Buat Anda Tambah Gemuk

Sekadar berkongsi info yang didapati dari seorang teman melalui emelnya ;

Anda sudah rajin berolahraga di gym, pola makan pun sudah diatur sedemikian rupa agar kalori tetap seimbang. Tapi masih saja belum mendapatkan bentuk tubuh yang ideal, atau berat badan tetap berlebih.
 
Apa yang salah? Boleh jadi, cara Anda berolahraga yang kurang tepat. Dikutip dari thenest, ada empat kesalahan paling umum dalam fitnes yang justru membuat Anda bertambah gemuk.

1. Olahraga di Pagi Hari Tanpa Sarapan

Anda pergi ke gym di pagi hari tanpa sarapan terlebih dulu, dengan harapan membakar kalori lebih banyak. Cara ini jelas salah. Olahraga sebelum makan justru membuat perut terasa lebih lapar dan menyebabkan Anda menyantap makanan lebih banyak setelahnya. Akibatnya, bukan kalori yang terbakar tapi justru lemak yang semakin menumpuk.
 
Menurut penelitian, sebenarnya tidak masalah Anda berolahraga di pagi, siang atau petang hari. Ada orang yang lebih suka olahraga di pagi hari, tapi ada juga yang lebih selesa latihan saat petang setelah pulang dari pejabat. Kunci dari fitnes adalah konsistensi, jadi manfaatnya untuk kebugaran dan kesehatan tubuh akan didapat secara maksimal asalkan Anda disiplin dalam waktu fitnes. Jika Anda terbiasa fitnes di waktu petang, terus tetapkan seperti itu.

 
Pastikan juga perut Anda sudah terisi 30 minit sebelum berolahraga, minimal konsumsi pisang atau apel. Tubuh Anda ibarat sebuah kereta, perlu bahan bakar agar boleh berlari secara efisien. Jika perut kosong, tubuh pun tidak boleh bekerja maksimal untuk membakar kalori.

 
2. Menghabiskan Lebih dari 2 Jam di Gym

Demi mendapat hasil maksimal dalam pembakaran kalori, Anda menghabiskan waktu dua hingga tiga jam di gym. Fitnes untuk membakar kalori dan mendapat bentuk tubuh ideal bukan tergantung pada berapa lama Anda berolahraga, tapi seberapa keras Anda latihan. Anda boleh saja hanya berolahraga sebentar di gym, tapi pastikan latihan yang Anda lakukan berkualiti. Anda boleh dengan mudah membakar kalori dalam waktu 30 minit, dengan meningkatkan intensiti latihan.

Latihan dengan fokus dan intensiti tinggi selama 20 minit akan lebih efektif dibandingkan latihan yang minimum gerak selama satu jam. Ditambah lagi, dengan latihan berintensiti tinggi, tubuh Anda akan terus membakar kalori beberapa jam setelah sesi latihan selesai.


3. Melakukan Gerakan Olahraga yang Sama

Jika Anda melakukan gerakan olahraga yang sama dalam period terlalu lama, tubuh akan beradaptasi dengan gerakan tersebut. Akibatnya, latihan tersebut tidak lagi memberi hasil maksimal pada tubuh Anda dibandingkan saat awal-awal latihan dulu. Gerakan-gerakan olahraga yang dilakukan di tempat fitnes biasanya hanya bermanfaat dalam jangka pendek.

 
Misalnya saja, latihan angkat beban berguna membentuk otot lengan dan dada. Jika lengan dan dada telah terbentuk sempurna, maka latihan angkat beban tersebut sebaiknya tidak Anda lakukan lagi.

Untuk mendapat hasil lebih maksimal dari olahraga, adalah dengan memberi 'cabaran baru' bagi tubuh untuk mencoba jenis latihan yang berbeda-beda. Ganti gerakan secara konstan, minimal dua minggu sekali. Perubahan tidak perlu terlalu besar. Misalnya, ganti dumbbell squat dengan barbell squat, atau dumbbell ditukar dengan kettlebell.

 

4. Iri Terhadap Bentuk Tubuh Indah Selebriti

Jika Anda menganggap para selebriti dunia terlahir dengan tubuh yang nyaris sempurna, sehingga tidak memacu Anda untuk olahraga, Anda salah. Menurut beberapa ahli yang telah bekerja dengan beberapa selebriti, sebagian besar selebriti berusaha keras untuk mendapatkan tubuh indahnya seperti sekarang. Sebut saja Halle Berry, Jessica Alba, Cameron Diaz dan Jennifer Lopez. Tubuh mereka yang seksi didapat karena rajin olahraga, menjaga pola makan, bahkan beberapa selebriti punya pelatih, ahli nutrisi dan tukang masak peribadi.

Anda tidak perlu meniru mentah-mentah apa yang dilakukan mereka. Tapi tiru semangat dan usaha mereka, jadikan mereka sebagai motivasi. Tanpa usaha yang keras Anda tidak akan mendapatkan bentuk tubuh idaman.

Pembantu Rumah

Semalam, isnin (10/1/2011) .... hari pertama rumah kami mula terima kehadiran pembantu rumah. Kalau ikutkan hati, mmg saya mmg malas nak ambil pembantu rumah dah alang-alang sekarang ni tengah cuti tanpa gaji kan... tapi kerana tuntutan keadaan di mana jika ada acara rasmi yg perlu kehadiran saya bersama suami, or aktiviti - aktiviti persatuan yang disertai di sini , maka waktu itu mmg perlu ada orang yang boleh menjaga anak-anak.


Mula - mula rasa janggal juga bila dia sampai pagi semalam ...janggal sebab hampir 80% kerja rumah telah ada org yang membantu ... kecuali menjaga anak (itu saya takkan serahkan bulat2 pada pembantu) or memasak yang memang 100% saya sendiri masak..... hidup terasa sangat la santai ..... hahahaha... adakah ini petanda berat badanku akan naik dek kerana byk waktu bersenang2 dgn anak2? Oh tidakkkk! .... jgn la itu yg terjadi ... hehehe oh, nampak gayanya kena giatkan usaha bersenam ni, nak diet lebey2 tak blh sbb baby masih menyusu badan...

Ok.. meh saya perkenalkan , namanya Uswatun Hasanah, 18 tahun ( sangat la muda , kan kan kan) .. berasal dari Jawa Tengah ... gaji? hehehehe takyah la cakap exactly gaji pembantu rumah di kota Jakarta ni, tapi yang pastinya jauhhh lagi murah dari gaji pembantu rumah di Malaysia. Rata-rata penduduk sini yang berpendapatan rendah sudah mula bekerja dlm usia yang sangat muda kerana kos hidup di kota Jakarta ni amat tinggi terutama dari segi harga makanan, minyak, air & elektrik. Hanya harga baju-baju, pinggan mangkuk , beg2, kasut2 dan perabut yang jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan harga di Malaysia ...

So, sebulan pertama kami beri tempoh percubaan dengan gaji permulaan RM100++, kalau kerjanya ok, boleh layan anak2 dengan baik dan ikhlas.... lepas sebulan akan kiranya tetapkan bekerja dengan kami dan gajinya dinaikkan .... hopefully tak banyak kerenah la nanti .... almaklumla bukan senang nak cari pembantu rumah yang betul2 bekerja dgn baik, lagi2 bila ada anak2 kecil yang kadang-kala perlu ditinggalkan seketika bersama pembantu.

Gadjet baruku di alaf 2011 .... ahahaha

Maka, bermula la salah satu dr azam tahun 2011 yg telah diwar - warkan.... hahahah... ye ye je statement itew!
Terima kasih pada En.Suami tercinta kerana sanggup bersusah payah merealisasikan impian ini .... hahahaha pasni nampaknya no reason la mls masak ....

Alkisahnya, ahad yang lepas kami ke berjalan2 menghabiskan hari minggu di Central Park sesambil bawa si abg gi bermain ( sbnrnya mama dia pon main sama gak, papa kena jaga adik yg tdo dlm stroller .... ahak) ... berlaku la sesi borong - memborong yg giat sekali ( naik meremang bulu romaku dibuatnya ) .... mana taknya..... cuma tgk hasil kat bawah ni yg di beli dlm 1 hari ... huhuhuhu~

1. Microwave oven





Dah lama impian kitorang nak ada microwave oven ni, sejak dr mula kawin lagik tapi baru sekarang tercapai la impian nak beli ..... hehehehe so lepas ni leh la memanggang, stim, defrost, memanas malah membuat kek / biskut pon boleh ..... huhuhuhu .... terima kasih sekali lagi pada en.suami, yay!

Tau2 pasni isterimu ini akan panggang or stim aje ..... goreng JARANG - JARANg ..... hahahaha kena kumpul byk2 ni resepi stim n panggang semua jenis benda lauk pasni ...

2. Stand Mixer



3. Loyang utk kek n puding / agar-agar

Yay! pasni buleh la wat puding, sbb dah ada acuan dah... ekekekeke... abis la gumuk la aku pasni .... :D

Cukup tu je la , yg lelain toksah tunjuk la ..... hehehehe ....

Sekian sahaja cerita pendek untuk kali ini, hopefully pasni bertambah2 la semangat nak masak resepi2 baru (ecewahh!) ... no excuse anymore .... hahahahaha sapa nak rasa masakanku sila datang ke rumah ye...
TQ.

Dahsyatnyer Doa Seorang Ibu

Sekadar perkongsian ilmu yg menarik ...


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bila masa ada untuk buat benda tak baik tapi tiada masa untuk buat yang baik.

* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

** Jika setitik airmata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang , so ibu-ibu jangan jatuh air mata and anak jangan bagi air mata ibu jatuh. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.***

** Kalau balik tengah malam, buka lampu dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.**

* Ada 3 mata yang tidak dijilat api neraka ;
(1) Melihat kaabah sehingga menitiskan air mata
(2) Memandang wajah ibu yang sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata.
(3) Membaca alquran sehingga menitiskan air mata.


* 3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur ;
(1) Ibu
(2) Anak
(3) Suami

* Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya ... kiranya tak menangis teruk la.... sesiapa yang masih ada ibu, pandangla selalu.

* Adalah menjadi satu dosa jika kita menggunakan jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu kepada ibu.

** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat kita letakkan ibu kita di tempat yang terbaik.

** Barangsiapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang (jika ibu sudah meninggal), maka dia dikira anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka kepada ibunya. Maknanya kita hendaklah sentiasa mendoakan ibu kita samada ketika masih hidup atau sesudah meninggal dunia.

**** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”. Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana .



*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu / bapa sakit, berebutlah menjaga ibu / bapa kita. Besar sangat pahalanya.


SELINGAN : Kata ustaz, kalau kita ada perselisihan faham dengan suami/isteri sampai nak bercerai, tgk la mukanya bila tidur, kalau masih terbit perasaan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai. Jika tiada rasa semua tu maksudnya jodoh dah memang tiada, boleh proceed ke mahkamah.


Anak Lari Dari Rumah

*Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil

*** Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK

*** Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

Wallahualam.., marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.

Salam Dari Jakarta

Perghh~ dah masuk hari ke-5 berada di sini .... rindu plak pada famili di Malaysia ;)


Masih dlm misi mengemaskini dan menyusun atur baju2 dlm wardrobe yg sgt besar .... i like it~ hehehe mula la berangan sok2 ada duit nak wardrobe pakaian cam rumah kat sini ...


Ayumi tgh tunggu mama kemas, abg dah ilang pi tgk tv kat ruang tamu



Sejak balik sini, baru semalam & hari ni nmpk Ayumi ceria, sejak beberapa hari tinggalkn tokbah & tokma, susah nak tgk dia senyum masa diagah....'adik jgn demam plak ek, tokbah n tokma jauh'... si abg biasa, excited dpt blk sini... seronok nak tgk playhouse disney kegemaran dia,.. kalu tak diletak syarat tgk tv .... takde can la mama dgn papa nk tgk citer lain, mesti kartun je 24jam ... sib baik nak dgr ckp, kartun siang je, mlm tv adalah utk mama dgn papa ... hehehe

Okeh .... nak sambung kemas sementara si kecik ni tgh syok2 tdo ... nanti next entry akan story pasal umah yg kami duduk kat sini plak.