Pages

MyLovelyFrenz ...

Buku 5 : Buku Pintar Mengatasi Anak Nakal

Satu lagi buku yang baru habis di baca .... sangat menarik.

Tajuk         : Buku Pintar Mengatasi Anak Nakal
Pengarang  : A.Muhaimin Azzet
Terbitan     : KataHati, Jogjakarta , Indonesia
Mukasurat : 136 muka surat


Sebuah buku yang membincangkan secara terperinci beberapa faktor anak menjadi nakal dan cadangan cara mengatasi anak nakal yang sangat menarik di baca.  Berikut saya buat sedikit rumusan / ulasan dari keseluruhan isi kandungan buku ni ;

Antara yang disebut dan dibincangkan adalah 3 syarat yang perlu ibu bapa ada dan ketahui dalam proses menangani anak yang bermasalah / nakal iaitu ;
1. Bersikap Tenang
2. Berbuat dengan Penuh Kasih Sayang
3. Memahami Anak sebagai Seorang Individu yang sedang membesar dan mencari identiti diri.

Contoh faktor Anak Suka Berbohong ;
a) Meniru perbuatan ibu bapanya
b) Ibu bapa yang tidak bertolak ansur ~~ agar ia tidak mendapat marah / hukuman dari ibu bapanya
c) Suka berkhayal / berimaginasi
d) Untuk menutupi kekurangan atau ingin dipuji

Penyelesaian :- perlu banyak berkomunikasi dengan anak, menjelaskan pentingnya kejujuran walaupun hakikatnya pahit kepada anak.


Masalah Anak Yang Malas

Faktor Penyebab :

a) Mendapat tugas yang banyak dari rumah / sekolah
b) Terlalu dimanja
c) Dididik dengan terlalu tegas
d) Tiada perhatian dari ibu bapa
e) Tidak dididik belajar secara aktif ~~ semua input diberi tanpa perlu usaha si anak

Cara Penyelesaian ;
~ menemani si anak menyiapkan kerja sekolah , maka si anak tidak merasa sendiri serta bersemangat
~ memberi kepercayaan kepada si anak untuk membuat sendiri beberapa tugas yang sesuai dengan umurnya seperti mengemas bilik tidur sendiri walaupun tidak sesempurna , maka anak akan menjadi lebih kreatif.

Masalah Anak Suka Mengompol (Buang Air Kecil Semasa Tidur)


Faktor Penyebab ;
1) Si anak masih tidak sedar bila pundi kencingnya sudah penuh
2) Rasa takut yang berlebihan untuk bangun dan pergi buang air di tandas
3) Sengaja untuk mendapatkan perhatian ibu bapanya
4) Banyak minum air sebelum tidur.

Cara Penyelesaian : 
~ minta si anak supaya membuang air terlebih dahulu sebelum tidur
~ pada peringkat awal, membangunkan anak untuk bangun dan membuang air di waktu malam atau berpesan supaya mengejutkan ibu / bapa sekiranya terasa ingin membuang air di waktu malam.

Lain - lain masalah anak nakal yang dibincangkan di dalam buku ini adalah ;

1) Mengatasi Anak Yang Suka Meniru Perangai Buruk
2) Mengatasi Anak Yang Memberontak
3) Mengatasi Anak Yang Memilih Makan
4) Mengatasi Anak Yang Suka Mencuri
5) Mengatasi Anak Yang Penakut
6) Mengatasi Anak Yang Suka Menghisap Jari Tangan
7) Mengatasi Anak Yang Sukar Tidur
8) Mengatasi Anak Yang Aktif
9) Mengatasi Anak Yang Merokok
10) Mengatasi Anak Yang Kedekut
11) Mengatasi Anak Yang Egois
12) Mengatasi Anak Yang Suka Membangkang
13) Mengatasi Anak Yang Manja


Sekian, ulasan buku untuk kali ni, hihihi

3 comments:

Unknown berkata...

buku nih dalam bahasa indon ke bahasa melayu?ehehehehe tp tips2 tu sungguh berguna just tk tahu mampu ke tk nak ikut...

~hidayah~ berkata...

buku ni dalam bahasa indonesia ... tapi still boleh faham lagi :D nak ke? aku belikan satu untukmu ... ala kita buat setakat mana yang kita mampu la... try to be the best wpun amik masa ... :D

Tanpa Nama berkata...

nak jugak :)

Catat Ulasan