Pages

MyLovelyFrenz ...

Pulangnya Mamaku ke Rahmatullah (20/2/2012)

7/3/12

Sudah 17 hari mama dijemput Allah untuk menemuinya sekaligus meninggalkan kami adik beradik dan abah. Betapa peritnya sebuah kehilangan ini hingga baru saat ini mampu untuk aku coretkan di sini. :((

Tanggal 20 Feb 2012 .... panggilan waktu petang yg mengejutkan dari Abah mengatakan mama sudah tiada lagi benar2 membuat aku tersentak kerana baru 5 hari lepas aku telefon ke kampung dan berbual2 dgn mama dan abah, bercerita ttg macam2 hal seperti biasa. Mula2 sukar untuk aku percaya ... sampai terdetik abah ni bergurau ke apa ..... tapi saat mula mendengar suara sebak abah .... airmata sudah mula laju turun dari pipi ..... Ya Allah, Ya Allah ... tidak dapat kugambarkan saat berita itu kuterima bagaimana perasaanku ....... macam mimpi bukan ..... lantas dgn terketar2 ku hubungi suamiku di pejabatnya menyampaikn berita itu , hati terasa mau terbang pulang ke kg pada saat itu juga tp apa dayaku :((:((.

Hubby segera menyuruh aku mengemas baju apa yg patut dan setelah anak lelakiku pulang dari sekolah, kami akan bergegas ke lapangan terbang untuk ambil mana2 penerbangan yang paling cepat. Blur seketika.... rasa tak mampu nak kemas apa2 baju ..... huhuuhhu... aku menangis sepuas2nya sambil memeluk Ayumi ..... dan akhirnya dgn anak bongsu ku sekali menangis sama sbb tgk mamanya nangis. Abah telefon lagi, bertanyakan samada aku mau jenazah mama ditangguhkan pengkebumian sehingga ketibaan ku ke kampung atau tidak kerana abah kalau boleh mau mengebumikan jenazah mama secepat mungkin pada hari itu juga. Dengan berat hati , aku merelakan abah untuk mengebumikan arwah mama tanpa perlu menunggu ketibaanku ... terkilan tidak dpt melihat arwah mama buat kali terakhir mmg ada, tp rasanya aku lebih tidak sanggup menyeksa arwah mama dengan membiarkannya menunggu ketibaanku kerana aku pasti aku tidak akan sempat sampai ke kg malam itu juga, paling awal pon esok paginya baru tiba :((:((

Aku kemas baju kami anak beranak apa yg mampu dicapai dan difikir dek akal jer sambil berlinangan air mata ... hati masih lagi sukar mempercayai dan masih berharap ini semua hanyalah mimpi .... tapi hakikatnya tetap bukan mimpi :((:((.

Setelah anak lelakiku pulang dari sekolah (lambat plak bas dia tiba di kedutaan hari ni) .... kami bergegas ke lapangan terbang Soehatta , jem la plak sepanjang jalan, tapi nasib baik tak jem teruk berpanjangan. Airmata mmg takdapat dibendung sepanjang perjalanan ....... turun macam air hujan ..... walaupun aku cuba untuk pasrah dan redha dengan pemergian mama. Sempat telefon adik2 tanya status di mana mereka masing2.

21/2/2012
7.30pg akhirnya kami menjejak kaki ke bumi Kota Bharu .... dan sampai di rumah di kg, kemuraman sgt terasa ..... lebih2 lagi bila melihat wajah muram adik bongsuku yang duduk di muka pintu dan adik lelakiku yang kedua yang duduk di tempat laman rumah. Aku cuba menahan airmata dr turun lagi, cukupla semalaman aku dah menangis sorang2..... kiranya aku org terakhir yang sampai , semua adik2ku yang lain dah sampai semalam lagi .....

Rehat sebentar, kemudian ajak adik bongsu ku ke kubur mama .... kebetulan makngah, ayahngah dan anak2nya juga mau ikut ke kubur ... Aku, suami dan anak2 bersiap2 dan sama2 jalan kaki ke kubur mama ...Ya Allah, masa itu hati masih lagi rasa macam seolah bermimpi .... bermimpi yang aku sudah tidak punye mama lagi, Allah lebih sayang dia dan telah memanggilnya pulang kepadaNya ..... aku tau aku harus redha, tapi aku tidak tau sampai bila kesedihan ini akan hilang , serasa sebahagian dari diriku sudah dibawa pergi sama ..... :((:(( lepas ni aku sudah tidak punye tempat mengadu seperti mana aku selalu bercerita dengan mama. Selepas ini pasti janggal bila telefon ke kampung, aku hanya akan berbual2 dengan abah sahaja.

Kami adik beradik tinggal di kampung seminggu selepas pemergian mama, walaupun tak dapat nak stay lama lagi, tapi harap seminggu itu dapat membantu sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan abah kehilangan isterinya tercinta. Nasib baik ada seorang adik lelakiku yang mmg tinggal bersama dengan mama dan abah selama ini dan bekerja di negeri sendiri, sekurang2nya ada yg dpt melihat dan menjenguk bagi pihak aku dan adik2 lain yg tinggal jauh.

Dan hingga ke hari ni ,

25 Dec 2011 - menjadi hari ulang tahun mama yang terakhir yang dapat kami raikan


masakan terakhir arwah mama pada hari pemergiannya .... :(


Sebahagian hidupku masih terasa suram, masih terbayang2 lagi arwah mama, senyumnya, bebelannya, gelaknya, marahnya .. semuanya. Pedihnya sebuah kehilangan yang mengejutkan. Walau bagaimanapun, aku tetap bersyukur kerana Allah telah permudahkan pemergian mama tanpa perlu menderita apa2 sakit, cuma kami sekeluarga la yang harus belajar untuk kuat dan tabah menerima kehilangan ini. Patut la beberapa minggu sebelum pemergian mama, hatiku kerap kali berdebar kencang jika teringat or terfikirkan mama .... patut la semasa balik bercuti bulan 12 hingga Januari tempohari, kelakuan mama agak pelik sedikit , ditambah plak dengan beberapa pesanannya yang agak pelik pada telingaku ketika itu.

Ya Allah, cucurilah rahmatku pada roh ibuku, jauhkan dia dari siksa kubur , terang dan lapangkanlah kubur arwah ibuku. Mama, semoga dikau tenang dan bahagia di sana. Kami , anak2ku akan sentiasa ingat dan mendoakanmu. Kata2 nasihatmu akan sentiasa aku ingat dan sematkan dalam hati dan amalkan.

Ya Allah, kau kuatkanlah hati abah untuk sebuah kehilangan ini. Kuatkan la hati kami adik beradik untuk terus redha dan tidak terlalu meratapi pemergian ini dan terus mendoakan untuk arwah mama.

0 comments:

Catat Ulasan