Pages

MyLovelyFrenz ...

Baby Milk & Food Warmer ...

Kali ni nak kongsi cerita pasal alat untuk menghangatkan susu dan makanan bayi.

Semalam, sesaja bawa anak-anak jejalan 'ukur' shopping kompleks Mall Ambassador yang terletak di tengah-tengah kota Jakarta sesambil untuk hilangkan boring terperap di rumah je.... satu2 kedai dimasuki dan dijelajahi ... hehehehe.. sampai la satu kedai yang jual barangan baby , tetiba mata tertarik ke arah satu alat yang sgttt~ menarik hati.

Tanya2 pada pekedai tersebut, rupanya alat tu untuk menghangatkan susu / makanan baby yang sejuk or yang disimpan di dalam peti ais .... wooo~ baru ku tahu ada alat macam tu. Yang best nya, takyah pakai dapur gas, pakai letrik je then bila susu / makanan sudah cukup kadar kehangatannya, alat ni akan automatik berhenti dengan sendiri apabila dah capai suhu yang sesuai untuk menghangatkan susu / makanan bayi.

Harganya pon tak mahal .. rp145000 je, lbh kurang rm50 kalau convert ke ringgit Malaysia ... apa lagi, rembat la 1, senang skit maidku nak panaskan susu yang telah dibekukan dari peti ais kalau terpaksa tinggalkan baby bila ada acara / program di luar or hangatkan makanan bubur bayi yang dah dimasak. Senang gituu~
boleh hangatkan susu dlm botol or makanan bayi ... ... ada banyak jenama, tapi amik yang murah je la... hehehe
setting mengikut keperluan samada di rumah or di dalam kereta

Yang bestnya, penghangat ni boleh digunakan samada di rumah or di dalam kereta .... hanya perlu tukar butang untuk setting sahaja. Jadi, kalau jalan jejauh, tak perlu risau kalau makanan bayi yang disediakan dah jadi sejuk untuk diberi kepada baby sebab alat  ni boleh dipasang di dalam kereta untuk memastikan makanan bayi sentiasa hangat sebelum diberi kepada bayi.

Gambar kat atas tu ada dua setting, warna hijau - kita leh guna untuk setting kuasa dan tenaga kalau nak guna di dalam kereta, manakala butang warna oren - untuk setting kat rumah.
Butang tengah, hanya perlu pusing ikut kegunaan dan kadar suhu yang sesuai yang diperlukan samada ;
1. mengekalkan kehangatan susu yang dibancuh or yang baru diperah or makanan yang baru dimasak
2. menghangatkan susu or makanan bayi yang dibekukan ... (makanan / susu tersebut perlu dibiarkan sebentar selepas dikeluarkan dari tempat beku sampai bertukar menjadi cair sebelum dihangatkan)
3. setting ke -3 , biasanya untuk suhu 70C - 100C , boleh digunakan untuk mensterilkan botol susu.

semua jenis botol susu boleh muat untuk dihangatkan , yang penting botol susu tersebut mesti la dari jenis plastik yang berkualiti dan bebas BPA

boleh juga digunakan untuk menghangatkan makanan bayi atau mengekalkan kehangatan makanan tersebut sampailah masa untuk memberikannya kepada anak.

Setakat itu sahaja perkongsian untuk hari ini .... :D

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

bli pastu simpan dl blh x? hehehehe

Unknown berkata...

wahhh bestnye ade benda tk payah dah tunggu nk rendam botol susu lama2 nk kasi warm balik susu tuh...bagus2...heheheh bley cube utk new bby nnt hahahhahaha

~hidayah~ berkata...

YUS : nak ke? kalu nak, boleh aku belikan.. tak semestinya untuk new baby ...iman dgn syuhada pon boleh kalau dorg minum susu x abis. Cuma kalau ada new baby leh guna utk hangatkan makanan baby sekali.

Bie : boleh je kalau nak beli dulu .. sbb sini murah skit harga. Kat mesia aku tak pasti ada ke tak.

Tanpa Nama berkata...

kat mesia ada..tp rsnya xdelah bwh rm50 hahah

Catat Ulasan