Pages

MyLovelyFrenz ...

1st Assembly @ AIS

Dapat surat jemputan dr guru besar sekolah Hiro agar ibu bapa murid2 dapat hadir ke perhimpunan sekolah yang pertama yg diadakan dan bersempena dengan hari 'Australia Day' pada hari Jumaat yang lalu. Ibu bapa dan murid2 digalakkan memakai baju dengan tema kaler hijau dan kuning(keemasan) pada hari tersebut.

Wow~ menarik, berbeza dengan sistem persekolahan di Malaysia, di
AIS ni, ibu bapa dijemput hadir setiap kali perhimpunan sekolah .... rupanya mereka punya strategi agar ibu bapa dapat melihat aktiviti yang diadakan setiapkali perhimpunan. Kalau di tempat sendiri, mana ada ibu bapa dijemput untuk turut sama dalam perhimpunan mingguan sekolah.... hanya guru dan murid je.

So, sementelah sekarang menjadi surirumahtangga sepenuh m
asa, saya buat keputusan untuk hadir .... teruja juga nak tengok style perhimpunan mingguan di AIS ni camne rupanya ... cari2 dalam almari, sib baik ada sehelai baju kurung pahang yang ada tema kaler yang dinyatakan dalam surat jemputan.

Abg & Adik harus la bergambar dulu sebelum perhimpunan bermula .... hehehehe adehh~ hijau betul si adik, kan kan kan?

Ramai juga ibu bapa yang hadir , perhimpunan tersebut diadakan di dewan, dimulakan dengan nyanyian lagu sekolah (kot~ xpasti ... hehehe), then, lagu negara Australia (sbb sekolah tu kan Australia International School).
Kat dalam dewan sekolah

Seterusnya persembahan dari pelajar, setiap kelas rupanya telah disusun giliran bilakah mereka akan membuat persembahan semasa perhimpunan mingguan. Menariknya, bila ada persembahan nyanyian dari murid2, guru2nya termasuk guru besar juga turut menyanyi dan menggayakan lagu tersebut ... kelakar tapi seronok .... , ada persembahan tentang sejarahdan identiti negara Australia kerana hari tersebut merupakan hari AUstralia ( cam hari Wilayah kat Malaysia la .....) .

Tgk tu, pelajar yang jadi penonton juga digalakkan turut sama memberi sokongan dan ambil bahagian sama dengan kelas pelajar yang kena buat persembahan, budaya yang takde kat sekolah di Malaysia.
Tgk, cikgu2 pon turut sama menyanyi dan menggayakan mengikut lirik lagu ... very interesting ... murid2 pon sgt bersemangat bila menyanyi

Meh tengok beberapa keping gambar yang sempat di'snap" , sori la kalau angle tak cantik sebab berebut dengan si adik yang pantang nampak mamanya pegang benda, dia pon sibuk la nak pegang juga ... sbb nak masukkan dalam mulut dia... hahahha

hehehehe harus la juga amik gambar mama dgn adik, mana aci amik gmbr adik dgn abg je...


Salah seorang pelajar yang telah dipilih untuk membuat persembahan pada perhimpunan kali ni ...


Nama2 bangunan dalam kawasan sekolah AIS ..

2 comments:

Unknown berkata...

syokkan dapt experience sek international nih...hehehe next year turn eyo lak wat persembahan kat depan tu

Tanpa Nama berkata...

wah menariknya...mcm ni baru la seronok budak2 nk gi sekolah kan

Catat Ulasan