Minggu lepas, Jumaat (18/03/11) .. merupakan giliran kelas si abang menganjurkan Cake Stall Day kat sekolah di mana ibu bapa dialu-alukan untuk menyumbang makanan / minuman untuk dijual atau menyumbangkan tenaga untuk proses penyediaan gerai jualan dan membantu sesi jualan tersebut.
Konsep Cake Stall Day ni... ibu bapa menyumbangkan makanan / minuman untuk dijual kepada para pelajar dengan harga yang sama iaitu sebanyak Rp5000 je (tiada keuntungan diambil) ..... duit hasil jualan tersebut akan disumbangkan kepada pihak sekolah or pihak P&F Group - Parent & Friends Group ( ala - ala mcm PIBG kalau kat sekolah kat Malaysia ) untuk sebarang aktiviti pelajar.
Since minggu lepas tak sibuk sangat ... so , saya decide untuk menyumbangkan minuman jus oren dan join sekali pada hari tersebut - tolong kendalikan gerai jualan tersebut. Sekurang2nya dapat kenal ibu bapa pelajar2 yang lain terutama yang anaknya satu kelas dengan Hiro.
Satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan .... ibu bapa yang hadir pon sangat peramah ... cepat aje mesra walaupun ada yang baru kenal. Hiro pon kemain seronok bila nampak mamanya tolong jual2... heheheh siap minta tambahan makanan yang boleh dibeli ... beli la sayang.... janji makan, jgn membazir.
Ok, meh kita tgh gambar2 sekitar Cake Stall Day tersebut :D ;
| Air jus oren yang disumbangkan |
| Sesi menyusun atur makanan yang hendak dijual |
| Yang paling cepat habis ..... hehehehe |
| Ayumi & my maid ...... Excited tgk ramai budak2 |
| Antara parents yang turut menyumbangkan tenaga dan masa ..... hehehe semua friendly |



1 comments:
wooohooo..jual cookies.
Catat Ulasan