Pages

MyLovelyFrenz ...

Panduan Pemakanan Bayi

Dipetik dan diringkaskan dari artikel Unit Pemakanan, Jab Kesihatan Negeri Selangor


Pemakanan Bayi Baru Lahir hingga 6 Bulan ;

  • Pemakanan yg paling SEMPURNA bg bayi baru lahir hingga 6 bulan adalah SUSU IBU (SI) sahaja.
  • Bayi yg menyusu secara eksklusif selama 6 bulan pertama kurang mengalami JANGKITAN SALURAN PENGHADAMAN DAN SALURAN PERNAFASAN.
  • Susu pada 3-5 pertama adalah KOLOSTRUM (cecair pekat kekuningan yg dihasilkan sebanyak 30ml sehari).
  • Kolostrum mengandungi:
  1. Antibodi yg tinggi
  2. Bertindak sbg imunisasi pertama bayi utk melawan bakteria dan jangkitan virus
  3. Kaya dn nutrien~protein, vitamin larut lemak (vitamin A,E,K) dan mineral (natrium dan zink)
  • 88% kandungan SI adalah air, oleh itu bayi yg disusui SI TIDAK MEMERLUKAN AIR KOSONG ATAU MINUMAN LAIN.
  • SI mengandungi:
  1. Protein utk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  2. Lemak sbg sumber tenaga
  3. Zat besi utk mencegah anemia

Bila waktu paling sesuai memberi makanan pelengkap kepada bayi

  • Bila bayi berusia 6 bulan kerana ia perlu bagi memenuhi keperluan tenaga dan nutrien yg diperlukan utk pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Pada usia 6 bulan, sistem penghadaman dan ginjal bayi sudah matang.
  • Risiko masalah penghadaman, jangkitan dan alahan dapat dikurangkan.

Kesan jika memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu AWAL ;

  • Menyebabkan bayi kurang menyusu kerana kenyang
  • Sistem penghadaman dan ginjal belum matang; enzim penghadaman belum bersedia
  • Bayi boleh terdedah kepada risiko jangkitan, alahan dan diarhea

Kesan jika memberi makanan pelengkap kepada bayi terlalu LEWAT ;

  • Tumbesaran bayi boleh terbantut dan kurang nutrien

Jenis2 Makanan Pelengkap Bayi ;

  • Pilih makanan yg kurang memberi kesan alahan pada bayi.
  • Perkenalkan makanan pelengkap satu persatu supaya bayi dapat membiasakan diri dgn rasa dan tekstur makanan itu.
  • Perkenalkan pelbagai jenis makanan dari setiap kumpulan makanan dlm kuantiti dan tekstur yg sesuai dgn tahap perkembangannya.

KUMPULAN BIJIRIN ;

  • Perkenalkan bijirin berasaskan beras kerana ia mudah hadam dan jarang timbul kesan alahan.
  • Ubi kentang/keledek boleh diperkenalkan apabila bayi sudah menyesuaikan diri dgn bijirin berasaskan beras.

SAYUR2AN ;

  • Perkenalkan sayuran berkanji seperti, labu, lobak merah, dan ubi kentang.
  • Perkenalkan pelbagai sayuran hijau seperti bayam dan sawi.
  • Perkenalkan juga sayuran jenis buah seperti labu air dan tomato.

BUAH2AN ;

  • Hanya diperkenalkan selepas bayi diperkenalkan dgn pelbagai jenis sayuran dan menerimanya dgn baik. Ini kerana buah2an mempunyai rasa manis yg semulajadi dan mudah diterima bayi berbanding sayur2an.
  • Pilih buah yg segar, ranum dan lembut seperti pisang, betik, ciku dan pear.
  • ELAK beri buah masam dan bergentian tinggi seperti limau dan mangga.
  • ELAK buah2an dlm tin kerana tinggi kandungan gula dan bahan pengawet.

KUMPULAN IKAN, AYAM, DAGING DAN SUMBER KEKACANG ;

  • Mulakan dgn sumber protein seperti ikan bilis, tauhu lembut (TIDAK BERPERISA) dan kacang pis sejuk beku.
  • Pada usia 6 bulan, simpanan zat besi bayi semakin berkurangan. Oleh itu, berikan bayi ikan, ayam, hati ayam, dan daging lembut mengikut keperluan.

LEMAK DAN MINYAK ;

  • Penambahan minyak TIDAK DIPERLUKAN pada peringkat awal kecuali jika bayi mengalami masalah kurang berat badan.

Alahan Makanan ;

  • Makanan yg dikenalpasti boleh memberi alahan ialah:
  1. Putih telur
  2. Kacang
  3. Makanan laut
  4. Gandum
  5. Buah limau
  • ELAK makanan2 ini semasa memperkenalkan makanan pelengkap kepada bayi.

Garam, Gula dan Bahan Perasa ;

  • TIDAK PERLU sehingga bayi berumur satu tahun.
  • Asing makanan bayi sebelum menambah sebarang perasa utk ahli keluarga lain.

Cara Memberi Bayi Makan ;

  • Guna SUDU PLASTIK khas utk menyuap.
  • ELAK guna botol utk memberi bijirin.
  • Latih bayi guna sudu/tangan semasa makan

Makanan Semasa Sakit ;

  • Lebih banyak tenaga dan nutrien diperlukan.
  • Tanpa makanan yg mencukupi, tisu badan dan lemak tubuh akan digunakan sbg sumber tenaga; menyebabkan kehilangan berat badan.
  • Oleh itu, pemberian makanan berkhasiat semasa sakit amat diperlukan utk membolehkan tubuh melawan penyakit tanpa menggunakan simpanan nutrien di dalam tubuh.

6 BULAN

Minggu 1

Tekstur ;

  • Kisar halus atau tapis (sedikit cair)

Kekerapan ;

  • 1x pada 2-3 hari pertama
  • 2-3x pada hari seterusnya

Contoh makanan ;

  • Kanji/beras + SI


Minggu 2-4

Tekstur ;

  • Lecek (sedikit kasar dan pekat)

Kekerapan ;

  • 2-3x sehari

Contoh makanan ;

  • Bijirin beras + SI
  • Kentang lecek halus
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah2an yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, betik yang dilecek kasar)

Sumber protein ;

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)

7 BULAN

Minggu 1

Tekstur ;

  • Lebih kasar, pekat dan tetap lembut

Kekerapan ;

  • 3-4x sehari

Contoh makanan ;

  • Kanji/beras + SI
  • Bijirin campuran (gandum/oat + beras + SI)
  • Sayuran dimasak dan dilecek (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah2an yang tidak mempunyai keasidan yg tinggi (ciku, epal, pisang, pear, betik yang dilecek kasar)

Sumber protein ;

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor dan dihancur halus)
  • Tauhu lembut (tidak berperisa)
  • Kacang pis (lecek)
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (hancur)

Makanan yg mudah digenggam atau dipegang (ketulan lembut) ;

  • Roti lembut
  • Biskut bayi (tanpa gula)
  • Buah2an (pisang, betik)
  • Lobak merah
  • Keju

9-11 BULAN

Minggu 1

Tekstur ;

  • Lembut, cincang/potong kecil

Kekerapan ;

  • 3-4x sehari + snek (mengikut selera bayi)

Contoh makanan ;

  • Nasi lembik
  • Bijirin sarapan pagi (tanpa gula) + SI
  • Roti bakar + telur masak hancur/rebus (mulakan dgn telur merah)
  • Pelbagai jenis sayuran berwarna (lobak merah, labu, sawi, bayam, kobis bunga, brokoli)
  • Buah2an yang dipotong kecil (ciku, epal, pisang, pear, betik yang dilecek kasar)
  • Buah2an yang kaya vitamin C (oren, betik, jus oren asli tanpa gula)
  • Yogurt asli (banyak di kedai2 pak arab), puding susu

Sumber protein ;

  • Ikan bilis (buang tulang sampai ekor)
  • Tauhu lembut
  • Kacang pis
  • Hati ayam (hancur)
  • Ayam (lembut dan dihancurkan)
  • Isi ikan (buang tulang dan dilecek)
  • Daging lembut (cincang)
  • Kuning telur (sepenuh masak dan dihancur sedikit)

0 comments:

Catat Ulasan