Pages

MyLovelyFrenz ...

Meh Meh .... Petua Untuk Sesiapa Yang Nak Cantik :D

Ehehehe... jam dah pukul 12.43 mlm , anak2 pon dah tido ...
Boring mata tak ngantuk lagi, searching tru internet ... pastu jumpa byk gak petua2 menarik ... hehehe menarik utk dicuba... biasa la kan , pompuan biasanya mmg selalu nak pastikan diri cantik & menarik di mata orang lain ....

Meh kita kongsikan petua-petua yg telah ditemui ;D
1. Lambatkan Proses Kedutan pada kulit wajah .
Sediakan sebatang lobak merah, sebiji kuning telur dan sesudu tepung jagung. Parut lobak merah dan satukan dengan kuning telur dan tepung jagung. Kacau hingga mesra. Lumur adunan ini pada seluruh wajah. Biarkan hingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalkan selalu.


2. Petua Gincu Lebih Menarik
Simpan gincu (lipstick) dalam peti ais. Keluarkan gincu ketika hendak digunakan dan gunakan seperti biasa. Warna gincu akan kelihatan lebih menarik dan tahan lebih lama.Untuk mengekal gincu ketika pakai, sapu gincu di bibir sebanyak 2 kali.

Selepas sapuan pertama, tekap atau cium pada kertas tisu. Kemudian buat sapuan kedua.
Untuk menampakkan gincu lebih berkilat dan menawan, oles lip glos dengan menggunakan jari.


3. Petua Menegangkan Payudara
Hampir semua wanita yang sudah bersalin mengalami masalah buah dada atau payudara menjadi kendur dan tidak bermaya seperti dahulu lagi. Untuk mengatasi masalah ini, cuba lakukan salah satu petua di bawah.

a) Dapatkan beberapa helai daun sirih yang berdaun lebar dan berwarna hijau. Sapukan minyak kelapa (seelok-eloknya dibuat sendiri) pada daun sirih. Salaikan mengunakan api lilin dan tekapkan pada buah dada. Biarkan kering dan lakukan berulang kali. Menurut orang-orang tua, petua ini dipanggil 'Petua Sayang Suami'.

b) Kupas setengah biji labu dan kukus atau rebus sehingga menjadi lembik. Ramas labu tersebut ketika masih suam. Kemudian, sapukan pada seluruh buah dada lebih kurang 20 minit. Amalkan 2 kali seminggu.

c) Sapukan putih telur pada sekeliling buah dada dan biarkan kering semalaman. Amalkan 3 kali seminggu.

d) Amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur malam. InsyaAllah mujarab.


4. Petua Melambatkan Rambut Beruban
Tambahkan 1 sudu teh garam ke dalam satu cawan teh pekat hangat, kacau hingga larut. Setelah sejuk pada suhu bilik, tuangkan secara merata pada rambut lalu urut-urut kulit kepala. Biarkan selama sejam, kemudian bilas dengan air bersih tanpa menggunakan shampoo. Untuk hasil yang maksima, lakukan perawatan ini sekurang-kurangnya sebulan sekali.


5. Petua Melebat & Menghitamkan Bulu Mata
Rendam 1 sudu teh dalam 1 cawan air semalaman. eesokannya lurutkan air rendaman teh pada bulu mata dengan mengusapnya ke atas menggunakan hujung jari telunjuk.

Boleh juga menggunakan minyak zaitun sebagai ganti. Lakukan setiap malam sebelum masuk tidur.


6. Petua Tegangkan Kulit Perut Menggeleber
Untuk mengatasi atau mengelak berlskunys masalah ini, ambil sesudu kecil jus limau nipis, sesudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul kesemua bahan ini hingga mesra dan sapu pada kesan-kesan mengeleber pada perut setiap hari ketika masuk tidur. Lihatlah perubahan pada perut anda dalam masa dua minggu.

Sekian, kalu nak tau petua2 yg lain, sila lah rujuk ke laman web di bawah ni ekk :D

Sumber : http://101petua.blogspot.com/

2 comments:

Unknown berkata...

hahahah tk tahan petua letak lipstik dlm peti ais tu....kalu laa syuhada yg jumpa abis laa lipstik mahal aku

~hidayah~ berkata...

letak dlm tupperware kecik, pastu ltk la dlm peti ais, mesti syuhada xperasan punyer, hahaha

Catat Ulasan